PKR tanding 16 kerusi di Negeri Sembilan, 20 di Johor

KUANTAN – Semua urusan pembahagian kerusi antara parti komponen Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan telah dimuktamadkan dan diselesaikan dengan baik.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Fuziah Salleh berkata, PKR akan bertanding sekurang-kurangnya di 20 kerusi di Johor dan 16 kerusi di Negeri Sembilan.

Menurutnya, rundingan pembahagian kerusi antara parti komponen PH telah disepakati bersama.

“Saya difahamkan jumlah terkini kerusi yang akan ditandingi PKR di Negeri Sembilan, 16 kerusi, manakala di Johor sekurang-kurangnya 20 kerusi, semuanya telah selesai.

“Agihan 56 kerusi PRN Johor itu selesai, tiada gaduh-gaduh,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Jualan Rahmah MADANI sempena pembukaan Pasaraya Pantai Selamat Seindah di Bandar Kuantan Putri, di sini, hari ini.

Fuziah mengulas demikian ketika ditanya status kerusi yang akan ditandingi PKR pada PRN Johor dan Negeri Sembilan akan datang.

Sebelum ini, PH mengumumkan akan bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor dan 36 kerusi DUN di Negeri Sembilan.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Fuziah berkata, beliau menjangkakan peratusan keluar mengundi pada PRN Johor akan meningkat susulan PRN terdahulu diadakan ketika negara masih berdepan pandemik COVID-19.

“Ketika itu ramai pengundi yang bekerja di Singapura tidak pulang mengundi namun kali ini saya yakin kadar keluar mengundi akan lebih tinggi.

“Apa yang berlaku pada PRN Johor bukan kayu ukur kepada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Jika kita lihat pada PRN Johor sebelum ini, PH tidak menang banyak kerusi berbeza dengan PRU lalu,” katanya.

Berhubung kemunculan Parti Bersama Malaysia dan Parti Wawasan Negara dalam landskap politik negara, Fuziah berkata, Malaysia telah lama didominasi oleh satu gabungan politik sebelum landskap itu mula berubah selepas Pilihan Raya Umum 2008.

“Sistem dua gabungan yang lebih kukuh muncul dan memberikan cabaran yang kredibel kepada Barisan Nasional menerusi pembentukan Pakatan Rakyat yang kemudiannya berkembang menjadi PH.

“Dalam banyak negara demokrasi yang matang, sistem pelbagai parti adalah perkara biasa. Adalah juga lumrah untuk gabungan politik yang berbeza mentadbir di peringkat Persekutuan dan negeri, dan perkara ini tidak seharusnya dianggap luar biasa di Malaysia,” katanya.

Fuziah berkata, persaingan politik perlu dilaksanakan secara sihat dengan parti-parti memberi tumpuan kepada idea dan dasar yang memberi manfaat kepada rakyat, bukannya menyerang atau menjatuhkan pihak lawan.

Related Posts

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

PUTRAJAYA– Kenyataan Setiausaha Pemuda MCA, Saw Yee Fung berhubung kerjasama politik Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) membuktikan sikap Pas sendiri menjadi punca tercetusnya persepsi Islamofobia di Malaysia. Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyokong elakkan provokasi, calon diseru hadir awal – SPR

SEREMBAN – Semua penyokong parti yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sembilan diingatkan untuk tidak melakukan sebarang bentuk provokasi sepanjang proses penamaan calon bagi memastikan kelancaran urusan berkenaan. Pengerusi Suruhanjaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kes disiplin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX

Kes disiplin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

Inflasi Malaysia sedikit menyederhana kepada 1.9 peratus pada Jun

Inflasi Malaysia sedikit menyederhana kepada 1.9 peratus pada Jun

Penyokong elakkan provokasi, calon diseru hadir awal – SPR

Penyokong elakkan provokasi, calon diseru hadir awal – SPR

Puad dakwa MCA hipokrit, ingatkan Pas pernah tawar DAP guna lambang bulan

Puad dakwa MCA hipokrit, ingatkan Pas pernah tawar DAP guna lambang bulan