Di samping ceramah, PKR kini latih jentera perang data – Nurul Izzah

PUTRAJAYA – Persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) kini memasuki fasa lebih tersusun apabila PKR memberi penekanan kepada latihan organisasi, pengurusan data dan kesiapsiagaan petugas di semua peringkat.

Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, berkata, siri Training of Trainers (ToT) TERAS bukan sekadar memperkenalkan satu sistem baharu tetapi bertujuan memastikan pasukan di peringkat cabang dan akar umbi benar-benar memahami bagaimana data, operasi lapangan dan gerak kerja pilihan raya dapat diselaraskan dalam satu ekosistem yang lebih sistematik.

“Ketika singgah menyantuni jentera PKR Negeri Sembilan yang mengikuti latihan itu, fokus utama adalah membina organisasi yang lebih bersedia menghadapi cabaran pilihan raya.

“Sebelum ini, siri latihan TERAS telah dilaksanakan di Johor bagi Zon Selatan, kali ini di Negeri Sembilan dan seterusnya di Melaka sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesiapsiagaan organisasi menjelang PRN,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Beliau berkata, pengalaman pilihan raya sebelum ini membuktikan kemenangan tidak hanya bergantung kepada semangat kempen, sebaliknya memerlukan disiplin organisasi, pengurusan data yang baik, latihan berterusan serta kemampuan menterjemahkan maklumat kepada tindakan di lapangan.

Nurul Izzah turut memaklumkan bahawa selepas selesai fasa latihan TERAS, tumpuan akan beralih kepada latihan Polling Agent dan Counting Agent (PACA) yang akan dilaksanakan secara berperingkat bermula di Johor dan Negeri Sembilan.

Katanya, pasukan PACA merupakan benteng terakhir dalam memastikan integriti proses pilihan raya dan tahap kesiapsiagaan mereka sering menjadi ukuran kekuatan sesebuah organisasi politik.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua cabang, petugas, jentera dan sukarelawan PKR agar mengambil peluang mengikuti latihan, menguasai sistem serta memperhebat gerak kerja di lapangan.

“Kuasai sistem, turun ke lapangan dan pastikan setiap undi rakyat dapat dipertahankan dengan sebaiknya,” katanya.

Related Posts

Radzi, Azmin digugurkan jawatan utama PN serta-merta

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan pengguguran Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali daripada jawatan utama dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Krisis PN dijangka berpanjangan, risiko libatkan ROS dan mahkamah jika tiada kata sepakat

KRISIS dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) dijangka tidak akan berakhir dalam masa terdekat sekiranya PAS dan Bersatu gagal mencapai penyelesaian yang memuaskan kedua-dua pihak, kata Ketua Penyelidik Ilham Centre,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

12 gajah liar ancam penduduk kampung berjaya dipindahkan ke habitat asal

12 gajah liar ancam penduduk kampung berjaya dipindahkan ke habitat asal

Keputusan STPM 2025 Sabah catat peningkatan prestasi

Keputusan STPM 2025 Sabah catat peningkatan prestasi

Sindiket penyelewengan tumpas, diesel dan aset bernilai lebih RM131,000 disita

Sindiket penyelewengan tumpas, diesel dan aset bernilai lebih RM131,000 disita

Penyeludupan petrol di sempadan Kelantan-Thailand terkawal

Penyeludupan petrol di sempadan Kelantan-Thailand terkawal

Anwar puji pendirian tegas Putin mengenai Gaza dan Iran

Anwar puji pendirian tegas Putin mengenai Gaza dan Iran

Apabila sentimen mengatasi fakta

Apabila sentimen mengatasi fakta