ADUN Sungai Manila mohon pengosongan sktruktur di Kampung Gayan ditangguhkan enam bulan

SANDAKAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila, Datuk Hazeem Mubarak, memohon agar tindakan pengosongan dan perobohan struktur yang dibina di atas Tanah Rizab Jalan di Kampung (Kg) Gayan, Sibuga Besar ditangguhkan sekurang-kurangnya selama enam bulan.

Menurut Hazeem, penangguhan itu penting bagi memberi ruang kepada penduduk membuat persiapan berpindah.

Katanya, ia juga bagi membolehkan pihak berkaitan membantu penduduk yang terjejas mendapatkan penempatan baharu termasuk di Program Perumahan Rakyat (PPR) atau kawasan tanah yang sesuai untuk dipohon secara sah.

“Kita berada di sini untuk mendapatkan pertimbangan dan sedikit kelonggaran kepada penduduk kampung yang memerlukan lebih masa.

“Kita berharap tempoh itu dapat ditangguhkan selama yang mungkin supaya mereka bersedia untuk berpindah,” katanya ketika ditemui media di Program Tinjauan Dan Tindakan Penguatkuasaan Pengambilan Tanah Rizab Jalan dan Peparitan di Kg Gayan, di sini pada Sabtu.

Dalam masa yang sama, Hazeem juga mahu membantu penduduk yang terlibat mendapatkan penempatan yang sesuai dan memastikan kebajikan mereka terus terbela.

Katanya, penyelesaian isu tersebut perlu dilaksanakan secara berhemah bagi mengelakkan sebarang ketegangan serta memastikan keharmonian penduduk setempat terus terpelihara.

“Perbincangan turut melibatkan pelbagai agensi termasuk Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Jabatan Tanah dan Ukur (JTU), Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) serta Sabah Electricity bagi mencari penyelesaian terbaik kepada isu berkenaan.

“Kita tidak mahu penduduk yang terkesan dibiarkan begitu sahaja. Sebab itu kita mohon tempoh enam bulan kerana ia dilihat masa yang sesuai untuk membantu proses pemindahan dan penempatan semula mereka,” tegasnya.

Dalam perkembangan sama, Hazeem berkata, terdapat peniaga yang telah merobohkan premis mereka dan memohon kebenaran untuk meneruskan aktiviti perniagaan menggunakan kanopi di tepi jalan buat sementara waktu bagi meneruskan sumber pendapatan.

“Pihak berkuasa memberi kelonggaran sementara kepada peniaga terlibat, namun pada masa sama MPS sedang merancang pembinaan sebuah tapak atau kawasan tamu yang lebih teratur di lokasi berhampiran.

“Kita mahu menyediakan kawasan perniagaan yang lebih sesuai dengan lot-lot yang teratur supaya tidak menimbulkan sebarang masalah pada masa hadapan serta memberi keselesaan kepada peniaga dan penduduk,” terangnya.

Beliau turut memaklumkan bahawa beberapa isu lain yang dibangkitkan penduduk kampung akan diteliti dan diusahakan penyelesaiannya menerusi kerjasama semua pihak yang terlibat.

Related Posts

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

KANGAR – Polis mengesahkan rangka yang ditemukan dalam bungkusan guni di sebuah kebun berhadapan kilang beras di sini pada 26 Julai lalu adalah rangka manusia dan kini giat mengesan waris…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

KOTA KINABALU – Polis Daerah Kota Kinabalu berjaya menumpaskan satu kumpulan jenayah dikenali sebagai ‘Geng Andy’ yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan mencuri rim kenderaan di sekitar daerah ini menerusi beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

  • By Aden
  • August 4, 2026
DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa