Bekalan tenaga kini cabaran besar dunia – PMX

SIPITANG – Isu bekalan tenaga kini menjadi antara cabaran terbesar yang dihadapi banyak negara di seluruh dunia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, ketidak tentuan geopolitik dan konflik antarabangsa menyebabkan bekalan tenaga semakin terdedah kepada risiko gangguan.

“Kerana kita sedang membicarakan soal tenaga pada masa kini, khususnya elektrik yang bukan lagi perkara kecil.

“Dunia hari ini sedang berdepan ketidaktentuan dari segi pembangunan serta kebimbangan terhadap kekurangan bekalan tenaga,” katanya berucap pada Majlis Peluncuran Projek Sabah Southern Link MADANI di Kompleks Persatuan Kebudayaan Lundayeh, di sini, pada Sabtu.

Menurut Anwar, konflik yang melibatkan Israel dan Iran turut memberi kesan kepada kestabilan harga dan bekalan tenaga global.

“Bila Israel dengan dukungan Amerika serang Iran dan meletus perang menyebabkan tempias ke negara-negara ini, Selat Hormuz ditutup dan bekalan tenaga melambung naik harganya.

“Bahkan ada negara-negara beberapa bulan yang lalu termasuk di ASEAN, 400 stesen minyaknya ditutup.

“Situasi itu menunjukkan kepentingan projek tenaga dan infrastruktur elektrik yang sedang dilaksanakan kerajaan bagi menjamin bekalan tenaga negara pada masa hadapan,” ujarnya.

Related Posts

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih perlu menjalani hukuman di Penjara Kajang buat sementara waktu selepas pelaksanaan tahanan rumah yang diperkenankan kepadanya tertakluk kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

KEPUTUSAN Anthony Loke untuk menawarkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan pengampunan bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Razak menimbulkan persoalan mengenai tindakan yang boleh diambil seseorang menteri apabila tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

  • By Fandi
  • September 20, 2026
Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

  • By Fandi
  • September 20, 2026
ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan