Lelaki Rohingya dituduh bunuh, cederakan pasangan suami isteri

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki etnik Rohingya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jawi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh dan mencederakan sepasang suami isteri pada hujung bulan lalu.

Tertuduh, Osman Bawdi Alom, 38, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nurul Aina Ahmad.

Tiada pengakuan direkodkan daripada lelaki asing tersebut kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Osman didakwa membunuh seorang lelaki warganegara sama berusia 31 tahun di sebuah rumah di Taman Belibis, dalam daerah Seberang Perai Selatan pada pukul 2.50 hingga 2.54 petang, 31 Mei lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Airina Syazreen Zainurin mengemukakan pendakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bagi kesalahan di bawah Seksyen 324 akta sama, Osman mengaku tidak bersalah kerana mencederakan isteri mangsa yang 26 tahun dengan pisau di lokasi pada waktu yang sama.

Sabit kesalahan tertuduh yang diwakili peguam G. Sathiash boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu. Mahkamah tidak menawarkan jaminan dan menetapkan 7 Ogos ini untuk sebutan semula.

Related Posts

TVET penuhi keperluan tenaga kerja mahir industri, tepis persepsi pilihan kedua

PENAMPANG – Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kini semakin diiktiraf sebagai laluan utama dalam melahirkan tenaga kerja mahir yang memenuhi keperluan industri, kata Pegawai Latihan Vokasional, Mohd Sophian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UNIMAS, CIDB bangun piawaian ujian tanah gambut di Sarawak

KOTA SAMARAHAN – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) melakar sejarah baharu apabila memeterai kerjasama strategik bersama Construction Research Institute of Malaysia (CREAM) dan Construction Industry Development Board (CIDB) bagi membangunkan piawaian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pemimpin BN RCI Tabung Haji dalam dilema, umpama ‘cacing kepanasan’ 

Pemimpin BN RCI Tabung Haji dalam dilema, umpama ‘cacing kepanasan’ 

TVET penuhi keperluan tenaga kerja mahir industri, tepis persepsi pilihan kedua

TVET penuhi keperluan tenaga kerja mahir industri, tepis persepsi pilihan kedua

UNIMAS, CIDB bangun piawaian ujian tanah gambut di Sarawak

UNIMAS, CIDB bangun piawaian ujian tanah gambut di Sarawak

HASiL mulakan siasatan cukai individu dikaitkan laporan RCI Tabung Haji

HASiL mulakan siasatan cukai individu dikaitkan laporan RCI Tabung Haji