Lelaki Rohingya dituduh bunuh, cederakan pasangan suami isteri

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki etnik Rohingya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jawi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh dan mencederakan sepasang suami isteri pada hujung bulan lalu.

Tertuduh, Osman Bawdi Alom, 38, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nurul Aina Ahmad.

Tiada pengakuan direkodkan daripada lelaki asing tersebut kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Osman didakwa membunuh seorang lelaki warganegara sama berusia 31 tahun di sebuah rumah di Taman Belibis, dalam daerah Seberang Perai Selatan pada pukul 2.50 hingga 2.54 petang, 31 Mei lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Airina Syazreen Zainurin mengemukakan pendakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bagi kesalahan di bawah Seksyen 324 akta sama, Osman mengaku tidak bersalah kerana mencederakan isteri mangsa yang 26 tahun dengan pisau di lokasi pada waktu yang sama.

Sabit kesalahan tertuduh yang diwakili peguam G. Sathiash boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu. Mahkamah tidak menawarkan jaminan dan menetapkan 7 Ogos ini untuk sebutan semula.

Related Posts

Akmal pertahankan tegur kelemahan projek LRA Kedah, tolak budaya ‘business as usual’

MENTERI Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir mempertahankan tindakannya membangkitkan kelemahan pengurusan projek Loji Rawatan Air (LRA) di Kedah, sambil menegaskan beliau tidak boleh terus berdiam diri hanya kerana berdepan kritikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Maritim Malaysia gesa nelayan utamakan penggunaan peranti suar pencari peribadi

MUKAH – Komuniti maritim dan golongan nelayan tempatan di negeri ini disaran membawa peranti suar pencari peribadi (PLB) bagi memudahkan pasukan penyelamat mengesan lokasi mangsa dengan pantas dan tepat jika…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Akmal pertahankan tegur kelemahan projek LRA Kedah, tolak budaya ‘business as usual’

Akmal pertahankan tegur kelemahan projek LRA Kedah, tolak budaya ‘business as usual’

Maritim Malaysia gesa nelayan utamakan penggunaan peranti suar pencari peribadi

Maritim Malaysia gesa nelayan utamakan penggunaan peranti suar pencari peribadi

Anwar ucap selamat ulang tahun ke-55 ABIM, kenang perjuangan dakwah dan pembangunan ummah

Anwar ucap selamat ulang tahun ke-55 ABIM, kenang perjuangan dakwah dan pembangunan ummah

Maritim Malaysia tamatkan latihan berskala besar SAREX 2026

Maritim Malaysia tamatkan latihan berskala besar SAREX 2026

JKOM Sarawak, IKBN Miri jalin kerjasama strategik perkasa belia

JKOM Sarawak, IKBN Miri jalin kerjasama strategik perkasa belia

Bulan Kebangsaan peluang perkukuh perpaduan, pacu pembangunan negara

Bulan Kebangsaan peluang perkukuh perpaduan, pacu pembangunan negara