Imigresen berjaya cekup 17 PATI di 8 premis di Langkawi

LANGKAWI – Seramai 17 pendatang asing tanpa izin (PATI) dicekup dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan di lapan premis perniagaan di sekitar pulau peranginan ini semalam kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen.

Operasi Ops Mahir, Ops Selera dan Ops Sapu itu dilaksanakan bermula pukul 9.40 pagi oleh Bahagian Penguatkuasaan Cawangan Langkawi hasil risikan serta maklumat orang awam.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah dalam satu kenyataan berkata, sebanyak lapan premis yang melibatkan pelbagai sektor perniagaan dan pekerjaan telah diperiksa dalam operasi tersebut.

“Hasil pemeriksaan terhadap 54 individu yang terdiri daripada warga tempatan dan warga asing pelbagai negara membawa kepada penahanan 17 PATI.

“Mereka dipercayai melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kesemua yang ditahan berusia antara 19 hingga 35 tahun melibatkan sembilan lelaki dan lapan wanita.

“Mereka terdiri daripada enam lelaki warga Thailand; dua lelaki dan lapan wanita warga Myanmar serta seorang lelaki warga Pakistan.

“Siasatan awal mendapati mereka dipercayai melakukan kesalahan imigresen termasuk tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas yang sah, tinggal melebihi tempoh dibenarkan serta melanggar syarat pas yang dikeluarkan oleh JIM,” ujarnya.

Dalam operasi sama, satu Borang IMM 29 (Saman Kepada Saksi) turut dikeluarkan bagi membantu siasatan lanjut.

“Kesemua warga asing yang ditahan dibawa ke Pejabat Imigresen Langkawi untuk tujuan dokumentasi dan siasatan lanjut,” tambahnya.

Related Posts

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

KOTA KINABALU – Pelaksanaan Program Transformasi Perkhidmatan Bas Perhentian (Stage Bus Service Transformation – (SBST)) di Sabah menerima reaksi positif daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin masyarakat, wakil rakyat serta rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

PARIT – Jabatan Pertanian Negeri Perak terus memperkukuh usaha memperkasa golongan wanita dalam sektor pertanian menerusi penganjuran Kursus Asas Penanaman Sayur-Sayuran yang disertai 30 peserta daripada Lembaga Kebajikan Perempuan Islam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu