ADUN Moyog akui proses Pilihan Raya JKKK ambil masa, watikah akan disesaikan segera

PENAMPANG – Proses pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan Moyog sedang dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan dan dijangka dimuktamadkan secepat mungkin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Moyog, Datuk Donald Peter Mojuntin berkata, pelantikan kesemua 60 Pengerusi JKKK yang dipilih melalui kaedah pengundian hanya akan dimuktamadkan selepas semua proses pemilihan di peringkat kampung selesai sepenuhnya.

“Proses berkenaan dikendalikan oleh Pejabat Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) N.26 Moyog dengan kerjasama Ketua-Ketua Masyarakat di bawah Mahkamah Anak Negeri, selain turut dipantau oleh saya sendiri bagi memastikan ia dilaksanakan secara telus dan adil.

“Proses di Moyog dilaksanakan melalui pilihan raya JKKK, berbeza dengan kebanyakan kawasan lain yang menggunakan kaedah pelantikan terus.

“Oleh itu, ia mengambil masa lebih panjang kerana melibatkan penyelarasan, pengesahan keputusan dan dokumentasi yang terperinci,” ujarnya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kelewatan pengeluaran watikah itu tidak menjejaskan fungsi majoriti Pengerusi JKKK yang telah dipilih, malah mereka telah pun menjalankan tanggungjawab masing-masing di peringkat kampung.

“Sebahagian besar JKKK turut berhubung secara langsung dengan saya, Pusat Khidmat ADUN Moyog serta Pejabat PPM, selain mengemukakan cadangan pembangunan dan melaporkan isu setempat untuk tindakan lanjut.

“Saya juga melihat mereka telah menubuhkan jawatankuasa masing-masing serta mengadakan mesyuarat bagi membincangkan hal ehwal kampung,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sepanjang turun padang, beliau tidak menerima sebarang aduan daripada penduduk yang hilang kepercayaan terhadap Pengerusi JKKK hanya kerana belum menerima watikah rasmi.

Beliau turut menegaskan bahawa isu berkaitan JKKK seharusnya dirujuk terlebih dahulu kepada wakil rakyat dan Pejabat PPM sebelum dibawa ke peringkat kementerian.

“Saya agak terkilan apabila terdapat pihak yang terus membuat aduan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar tanpa mendapatkan penjelasan di peringkat kawasan,” katanya.

Mengulas isu berkenaan, beliau memberi jaminan bahawa watikah pelantikan akan dikeluarkan secepat mungkin hasil usaha bersama Pejabat PPM.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan semua Pengerusi JKKK yang telah dipilih termasuk Januarius @ Jacob Harry agar terus melaksanakan tanggungjawab walaupun masih menunggu watikah rasmi.

“Permintaan rakyat tidak menunggu watikah. Masalah seperti jalan raya, bekalan air, kebajikan penduduk dan keselamatan kampung perlu ditangani segera,” katanya.

Beliau berkata, rakyat menilai kepimpinan melalui tindakan dan komitmen, bukan semata-mata dokumen pelantikan.

“Rakyat telah memberi mandat. Tugas kita ialah berkhidmat, membangunkan kampung dan menyelesaikan masalah masyarakat. Watikah akan menyusul, tetapi amanah rakyat telah bermula,” katanya.

Related Posts

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

MUKAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine menetapkan pemerkasaan pendidikan dan pembangunan sosioekonomi sebagai agenda utama dalam memacu masa depan serta kesejahteraan masyarakat di kawasan tersebut. Komitmen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

KOTA KINABALU – Dua penerima anugerah pada Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Sabah 2026 membuktikan laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu membuka peluang baharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Keputusan Loke bukti kepimpinan melangkaui kedudukan – Chan Foong Hin

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Keputusan Loke bukti kepimpinan melangkaui kedudukan – Chan Foong Hin

Penganggur didakwa bunuh isteri kerana cemburu

Penganggur didakwa bunuh isteri kerana cemburu

Tahanan rumah Najib: Undang-undang bukan payung selepas hujan – Mahfuz

Tahanan rumah Najib: Undang-undang bukan payung selepas hujan – Mahfuz

Lebih 980,000 pokok ditanam di SPnCA sejak 2003

  • By Fandi
  • September 21, 2026
Lebih 980,000 pokok ditanam di SPnCA sejak 2003