PBB sambung semula misi evakuasi perubatan keluar dari Gaza

PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambung semula sokongan bagi misi evakuasi perubatan dari Semenanjung Gaza susulan pembukaan semula pintu sempadan Rafah, sekali gus memberikan keutamaan penting kepada operasi kemanusiaan di wilayah yang diduduki itu.

Timbalan Jurucakap PBB, Farhan Haq memaklumkan kepada pengamal media pada Rabu, bahawa pintu sempadan yang menghubungkan Gaza dan Mesir itu telah dibuka semula bagi membolehkan pergerakan keluar masuk bilangan penduduk yang terhad dari kedua-dua arah.

“Hari ini, PBB bersama rakan kongsi telah menyambung semula sokongan kami untuk proses evakuasi perubatan bagi penduduk yang memerlukan rawatan di luar Gaza. Kami juga menawarkan bantuan kepada mereka yang mahu pulang ke Gaza.

“Langkah ini menyusul selepas penutupan singkat pintu sempadan terbabit oleh pihak berkuasa Israel pada awal minggu ini,” katanya, lapor Anadolu.

Dalam perkembangan berkaitan, Haq turut menarik perhatian mengenai kelancaran proses penghantaran kargo kemanusiaan susulan pembukaan semula pintu lintasan Kerem Shalom, atau Karem Abu Salem, pada Selasa.

“Semalam, pintu lintasan Kerem Shalom dibuka semula bagi membolehkan urusan punggahan kargo bantuan memasuki Gaza. Pasukan kemanusiaan kami berjaya mengumpul bekalan makanan serta bahan api dari pintu lintasan itu pada Selasa, dan operasi pengumpulan berkenaan diteruskan lagi hari ini,” jelas beliau.

Meskipun terdapat perkembangan positif, Haq bagaimanapun mengingatkan bahawa akses untuk penyaluran bantuan kemanusiaan ke wilayah berkenaan secara keseluruhannya masih lagi terhad.

“Rakan sejawat kami memberi amaran bahawa Kerem Shalom kini merupakan satu-satunya pintu lintasan yang dibenarkan untuk membawa masuk kargo bantuan ke Gaza. Keadaan ini menyebabkan berlaku kesesakan yang teruk, sekali gus membataskan skala operasi kemanusiaan kami,” tambah beliau.

Related Posts

Zuckerberg akui Meta silap percaturan, janji tiada lagi pemberhentian besar-besaran tahun ini

SAN FRANCISCO – Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg mengakui syarikat itu telah melakukan beberapa kesilapan dalam proses transformasi tenaga kerja berasaskan kecerdasan buatan (AI). Memetik Reuters hari ini, Zuckerberg…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat Malaysia dinasihat elak lokasi demonstrasi

JAKARTA – Rakyat Malaysia di Jakarta dinasihatkan supaya mengelakkan lokasi tumpuan demonstrasi di Jakarta Pusat pada Jumaat serta mengikuti perkembangan terkini daripada pihak berkuasa tempatan, menurut Kedutaan Besar Malaysia di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Haqi Bangsawan X juara futsal Liga Sukan Komuniti Peringkat Bahagian Betong 2026

Haqi Bangsawan X juara futsal Liga Sukan Komuniti Peringkat Bahagian Betong 2026

4 ditahan, minyak sawit mentah RM424,210 dirampas di Sandakan

4 ditahan, minyak sawit mentah RM424,210 dirampas di Sandakan

Lapor salah laku seksual kepada pihak berkuasa, bukan dedah kepada media sosial – Fadhlina

Lapor salah laku seksual kepada pihak berkuasa, bukan dedah kepada media sosial – Fadhlina

Sabah komited pertahan perpaduan, Hajiji tegaskan keadilan sosioekonomi kunci keharmonian negara

Sabah komited pertahan perpaduan, Hajiji tegaskan keadilan sosioekonomi kunci keharmonian negara

Guru juga perlu dilindungi undang-undang semasa bertugas – Fadhlina

Guru juga perlu dilindungi undang-undang semasa bertugas – Fadhlina

Pengerusi hanya pada nama? Samsuri terus dibayangi pengaruh Hadi

Pengerusi hanya pada nama? Samsuri terus dibayangi pengaruh Hadi