Ajaran Yudha Al Fikri sesat dan menyeleweng – Mufti Kedah

ALOR SETAR – Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bersidang pada 10 Mei lalu memutuskan ajaran dan fahaman yang dibawa oleh seorang lelaki warga Indonesia, Muhamad Yudha Al Fikri, adalah sesat serta menyeleweng daripada ajaran Islam berdasarkan akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

Mufti Kedah, Datuk Dr Syeikh Fadzil Awang dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat selepas penelitian terhadap dakwaan dan fahaman yang disebarkan oleh individu berkenaan yang didapati bercanggah dengan prinsip akidah Islam serta boleh mengelirukan umat Islam.

Beliau berkata, menurut keputusan mesyuarat berkenaan, Muhamad Yudha Al Fikri yang berasal dari Jakarta, Indonesia dan kini menetap di Sungai Petani itu didapati membawa fahaman yang mengandungi beberapa dakwaan luar biasa berkaitan perkara ghaib yang bertentangan dengan ajaran Islam.

“Antara fahaman yang dikenal pasti bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah ialah dakwaan beliau ‘dibuka hijab’ oleh Allah SWT sehingga mampu melihat perkara ghaib seperti azab kubur, individu yang akan menerima balasan syurga atau neraka, melihat Luh Mahfuz serta kandungannya, termasuk roh-roh yang berterbangan dan mampu melihat dosa serta pahala seseorang pada masa lalu.

“Selain itu, beliau turut didakwa mendakwa mempunyai kemampuan melihat jin dan syaitan menggunakan mata batin serta mampu memanggil malaikat dan jin dalam jumlah yang dikehendakinya hanya melalui doa kepada Allah SWT,” katanya.

Selain itu, katanya, antara dakwaan lain yang turut dikenal pasti ialah lelaki itu kononnya pernah memanggil beberapa malaikat termasuk malaikat Jibril, Malik, Munkar dan Nakir serta mampu mengarahkan malaikat menghentikan seksaan kubur terhadap seseorang dengan mudah.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah memutuskan bahawa segala bentuk ajaran atau fahaman yang dibawa oleh beliau hendaklah disekat daripada disebarkan kepada masyarakat dengan apa jua cara bagi mengelakkan kekeliruan dan kerosakan akidah umat Islam.

Jawatankuasa itu turut menyeru Muhamad Yudha Al Fikri serta mana-mana individu beragama Islam yang terbabit atau terpengaruh dengan ajaran berkenaan supaya segera bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah SWT.

Keputusan fatwa itu juga diharap dapat menjadi panduan kepada umat Islam di negeri ini supaya sentiasa berpegang teguh kepada ajaran Islam yang sahih berteraskan akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah serta berhati-hati terhadap sebarang dakwaan luar biasa yang tidak bersandarkan kepada nas dan disiplin ilmu Islam yang muktabar.

Related Posts

LKIM salur bantuan RM467,532 perkasa nelayan Perak Zon Utara

KERIAN – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyalurkan peruntukan berjumlah RM467,532 kepada komuniti nelayan di Perak Zon Utara menerusi pelbagai program pembangunan, kebajikan dan perumahan bagi meningkatkan pendapatan serta kesejahteraan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga asing tanpa lesen ditahan, kereta disita dalam Ops PeWA

TELUK INTAN – Sebuah kenderaan yang dipandu seorang warga asing ditahan dan disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak selepas dikesan melakukan pelbagai pelanggaran undang-undang jalan raya dalam Operasi Pemandu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

LKIM salur bantuan RM467,532 perkasa nelayan Perak Zon Utara

LKIM salur bantuan RM467,532 perkasa nelayan Perak Zon Utara

Warga asing tanpa lesen ditahan, kereta disita dalam Ops PeWA

Warga asing tanpa lesen ditahan, kereta disita dalam Ops PeWA

Ekonomi negara lebih meyakinkan di bawah pentadbiran Anwar, Malaysia lebih dikenali di mata dunia

Ekonomi negara lebih meyakinkan di bawah pentadbiran Anwar, Malaysia lebih dikenali di mata dunia

Program Satelit PMR KEMAS perkukuh perpaduan komuniti di Samalaju

Program Satelit PMR KEMAS perkukuh perpaduan komuniti di Samalaju

Lelaki maut ditikam dalam pergaduhan, suspek diburu

Lelaki maut ditikam dalam pergaduhan, suspek diburu

Perpaduan ummah atau perceraian politik?

Perpaduan ummah atau perceraian politik?