UNHCR digesa percepat penempatan semula Rohingya ke negara ketiga

ALOR SETAR – Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Kedah menggesa Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) mempercepatkan proses penempatan semula pelarian Rohingya ke negara ketiga bagi mengurangkan beban yang ditanggung masyarakat tempatan.

Pengerusinya, Muhammad Najib Taib berkata, langkah itu perlu diberi perhatian segera memandangkan Kedah sebagai negeri sempadan antara yang paling terkesan dengan kehadiran pelarian Rohingya dari aspek sosial dan ekonomi.

Menurut beliau, walaupun pihaknya tidak menafikan dasar kemanusiaan yang diamalkan negara, keselamatan rakyat, kedaulatan undang-undang dan peluang ekonomi golongan muda tempatan tidak boleh diketepikan.

“UNHCR perlu mempercepatkan urusan penempatan semula pelarian ini ke negara ketiga dan tidak membiarkan beban tersebut terus ditanggung oleh komuniti setempat.

“Kita tidak menafikan dasar kemanusiaan, namun keselamatan rakyat Kedah, kedaulatan undang-undang dan peluang ekonomi anak muda tempatan tidak boleh dikompromi sama sekali,” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata, kedudukan geografi Kedah sebagai negeri sempadan dan pintu masuk utara negara menyebabkan negeri itu menjadi antara lokasi yang menerima kesan langsung daripada isu kebanjiran warga asing berkenaan.

Sehubungan itu, Gerakan Belia 4B Kedah turut mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak berkuasa bagi menangani isu tersebut secara menyeluruh.

Antaranya ialah memperketatkan kawalan di sempadan darat serta perairan Langkawi dan Kuala Kedah bagi mengekang kemasukan pelarian baharu.

Selain itu, pertubuhan berkenaan turut mendesak pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan terhadap premis perniagaan yang didakwa diusahakan secara tidak sah oleh pelarian Rohingya bagi melindungi kepentingan ekonomi usahawan tempatan.

Terdahulu, media melaporkan jumlah etnik Rohingya di Malaysia yang berdaftar dengan UNHCR meningkat kepada kira-kira 126,144 orang setakat Februari 2026 berbanding sekitar 10,000 orang kira-kira tiga dekad lalu.

Related Posts

Mayat pekerja tongkang ditemukan tidak sempurna di parit ladang sawit

MUKAH – Mayat pekerja tongkang warganegara Indonesia yang dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Batang Igan pada 19 September lalu, akhirnya ditemukan dalam keadaan menyayat hati pada Rabu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kemelut Negeri Sembilan: Pertikaian proklamasi perlu diselesaikan di mahkamah – Penganalisis

PERTIKAIAN berhubung kesahan proklamasi dan tindakan berkaitan pentadbiran Negeri Sembilan perlu diselesaikan menerusi mahkamah sekiranya setiap pihak terus mengemukakan tafsiran serta dakwaan berbeza, kata Penganalisis Politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Murid Tahun Empat meninggal dunia selepas digilis lori

Murid Tahun Empat meninggal dunia selepas digilis lori

‘Ketika di atas tunduk, bila di bawah bongkak’ – Peja

‘Ketika di atas tunduk, bila di bawah bongkak’ – Peja

Mayat pekerja tongkang ditemukan tidak sempurna di parit ladang sawit

Mayat pekerja tongkang ditemukan tidak sempurna di parit ladang sawit

PRN Melaka: Tiga penjuru masih dalam percaturan – Penganalisis

PRN Melaka: Tiga penjuru masih dalam percaturan – Penganalisis

PN digantung: Ujian pertama Samsuri bukan sekadar menukar wajah kepimpinan

PN digantung: Ujian pertama Samsuri bukan sekadar menukar wajah kepimpinan

Pas akui ada kekuatan tapi masih mahu bersama ‘abang long’ UMNO di PRN Melaka

Pas akui ada kekuatan tapi masih mahu bersama ‘abang long’ UMNO di PRN Melaka