DOSM: Harga bahan binaan terus naik, besi dan pasir catat kenaikan pada Mei

PUTRAJAYA – Harga beberapa bahan binaan utama di negara ini terus menunjukkan peningkatan pada Mei 2026, dengan indeks harga seunit besi, pasir, batu baur dan simen masing-masing mencatatkan kenaikan berbanding bulan sebelumnya.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, indeks harga seunit besi meningkat antara 0.1 hingga 1.3 peratus di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, dengan kenaikan tertinggi direkodkan di Pahang.

“Harga pasir turut meningkat antara 0.4 hingga 9.7 peratus, manakala batu baur naik antara 0.3 hingga 4.7 peratus. Sandakan mencatatkan kenaikan tertinggi bagi kedua-dua bahan tersebut.

“Indeks harga simen pula menunjukkan peningkatan kecil antara 0.2 hingga 2.1 peratus di beberapa kawasan,” katanya dalam kenyataan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada Rabu.

Berdasarkan perbandingan tahunan, harga besi meningkat sehingga 10 peratus berbanding Mei tahun lalu, dengan Perak merekodkan kenaikan tertinggi.

Purata harga besi turut naik 0.4 peratus kepada RM3,517.50 bagi setiap tan metrik berbanding RM3,504.20 pada April lalu.

Dalam masa sama, kos bahan binaan bangunan di kebanyakan kawasan turut mencatatkan peningkatan kecil pada Mei, sejajar dengan kenaikan harga bahan mentah utama sektor pembinaan.

Related Posts

Projek RMK13 disaring semula ikut keupayaan fiskal semasa

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi sedang menyemak semula cadangan projek dan program di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi memastikan pelaksanaannya lebih praktikal serta sejajar dengan cabaran ekonomi semasa. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

KUALA LUMPUR – Malaysia terus mempergiat usaha memperkukuh keselamatan tenaga negara melalui beberapa kerjasama strategik di peringkat antarabangsa, termasuk perjanjian hidrokarbon jangka panjang dengan Turkmenistan yang dijangka dimeterai pada 19…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

14 kontinjen meriahkan perarakan budaya Gawai Brumbiak Pinyawa 2026

14 kontinjen meriahkan perarakan budaya Gawai Brumbiak Pinyawa 2026

Dewan serbaguna RM500,000 bakal beri keselesaan warga SMK St Patrick

Dewan serbaguna RM500,000 bakal beri keselesaan warga SMK St Patrick

10 tahun menabur bakti, Kelana C Tawau kekal relevan

10 tahun menabur bakti, Kelana C Tawau kekal relevan

Pas lantik semula Hamzah Ketua Pembangkang satu pukulan ‘K.O’ kepada Bersatu

Pas lantik semula Hamzah Ketua Pembangkang satu pukulan ‘K.O’ kepada Bersatu

Kenderaan pengangkutan Sabah, Sarawak dan Labuan perlu segera daftar SKDS

Kenderaan pengangkutan Sabah, Sarawak dan Labuan perlu segera daftar SKDS

Projek RMK13 disaring semula ikut keupayaan fiskal semasa

Projek RMK13 disaring semula ikut keupayaan fiskal semasa