UMS Hospitality Fiesta 2.0 beri pendedahan awal suasana sebenar industri hospitaliti

KOTA KINABALU – Penganjuran Universiti Malaysia Sabah (UMS) Hospitality Fiesta 2.0 dilihat sebagai platform penting dalam memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai suasana sebenar industri hospitaliti.

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr Kasim Mansor berkata, melalui program ini, para pelajar berpeluang mempraktikkan kemahiran dalam pengurusan acara, penyediaan makanan dan minuman, layanan pelanggan serta koordinasi operasi hospitaliti secara langsung.

“Saya percaya platform seperti ini bukan sahaja mampu mencungkil bakat dan kreativiti para peserta, malah turut meningkatkan tahap kompetensi serta keyakinan diri mereka dalam bidang hospitaliti.

“Saya berharap agar semua peserta dapat memanfaatkan peluang ini sebaik mungkin untuk menimba pengalaman, membina jaringan profesional dan memperkasakan kemahiran masing-masing,” ujarnya.

Teks ucapan beliau dibaca oleh Penolong Naib Canselor UMS, Profesor Ts Dr Rayner Alfred semasa merasmikan program tersebut, di Foyer Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan, UMS, di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau berkata, kejayaan dalam bidang hospitaliti bukan hanya bergantung kepada kemahiran teknikal semata-mata.

“Ia turut dipengaruhi oleh nilai-nilai insaniah seperti disiplin, etika kerja, komunikasi yang berkesan, sikap bertanggungjawab serta kemampuan untuk bekerja dalam satu pasukan.

“Nilai-nilai inilah yang akan membentuk graduan yang berkualiti, berdaya tahan dan mampu bersaing bukan sahaja di peringkat nasional, malah juga di persada antarabangsa,” kongsinya.

Jelasnya, industri hospitaliti merupakan antara sektor yang amat penting dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara, khususnya dalam memperkukuhkan industri pelancongan.

“Dalam era globalisasi dan persaingan yang semakin mencabar pada hari ini, para pelajar bukan sahaja perlu memiliki pengetahuan teori di dalam bilik kuliah.

“Selain itu, ia juga perlu melengkapkan diri dengan kemahiran praktikal, komunikasi interpersonal serta sikap profesional yang tinggi,” katanya.

Sebagai rekod, pelbagai pertandingan menarik telah diadakan sepanjang program ini seperti ‘Sandwich Making’, ‘Napkin Folding’, ‘Bed Making’, ‘Table Setting’ dan ‘Mocktail Competition’ yang melibatkan penyertaan daripada pelbagai kategori termasuk pelajar Institusi Awam dan Swasta, wakil industri serta orang awam.

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik