Flat tular didakwa penempatan Rohingya pernah diserbu tahun lalu, 45 warga asing ditahan

KAJANG – Premis bertingkat yang tular di media sosial dan didakwa menjadi penempatan pelarian Rohingya di Kampung Kenangan, Hulu Langat sebenarnya pernah diserbu pihak berkuasa dalam operasi bersepadu pada Februari tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, serbuan tersebut membawa kepada penahanan 45 warga asing terdiri daripada 35 lelaki, tiga wanita dan empat kanak-kanak.

Menurut beliau, kesemua individu yang ditahan disiasat oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengikut Seksyen 51(3)(a) Akta Imigresen 1959/63 sebelum ditahan di bawah Seksyen 51(5)(b) akta yang sama.

“Seorang lelaki tempatan yang mengaku sebagai anak kepada pemilik rumah turut dikenakan tindakan dalam operasi berkenaan.

“Satu Borang IMM 29 (Saman Kepada Saksi) serta satu Borang Geledah di bawah Seksyen 51(1) Akta Imigresen 1959/63 telah dikeluarkan kepada individu terbabit di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Naazron berkata, berdasarkan maklumat semasa, premis berkenaan kini didiami oleh dua keluarga iaitu pemilik kediaman dan seorang penyewa warga tempatan.

Terdahulu, sebuah video yang tular di media sosial memaparkan sebuah bangunan bertingkat yang didakwa dibina secara haram susulan keadaan struktur luarnya yang kelihatan tidak siap sepenuhnya, selain koridor bangunan yang hanya ditutup menggunakan kepingan zink.

Video yang dikongsikan oleh seorang selebriti tempatan itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, termasuk dakwaan bahawa bangunan tersebut dibina dan didiami oleh warga asing.

Sementara itu, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat bagi menjelaskan status premis berkenaan.

Related Posts

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

KANOWIT – Pesta Kanowit 2026 membuka peluang ekonomi kepada penduduk dan peniaga tempatan menerusi kehadiran pengunjung serta peserta dari dalam dan luar daerah, selain menjadi platform memperkukuh perpaduan masyarakat pelbagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

TAWAU – Perkembangan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) menunjukkan perubahan yang begitu ketara termasuk pemerkasaan terhadap kedudukan Sabah dan Sarawak dalam pembentukan Malaysia. Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

  • By Fatin
  • September 20, 2026
Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera