Piala Dunia 2026: Lapor kandungan judi dalam talian kepada MCMC

PUTRAJAYA – Orang ramai disaran segera melaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sekiranya menemui kandungan atau pautan berkaitan perjudian dalam talian yang tersebar di platform digital menjelang bermulanya Piala Dunia 2026 pada Khamis ini.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, setiap aduan yang diterima akan diteliti dan tindakan sewajarnya akan diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

“Seperti kita ketahui, judi dalam talian tidak dibenarkan dalam negara kita. Jadi sekiranya pihak MCMC menerima aduan tindakan boleh diambil.

“Kepada orang awam jika anda melihat pautan atau kandungan yang bersifat judi dalam talian, sila panjangkan aduan kepada pihak MCMC untuk diambil tindakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Persidangan Meja Pelaporan Media Selamat dan Sesi Latihan Interaktif: Pelaporan Media Selamat dan Bertanggungjawab Mengenai Tingkah Laku Bunuh Diri di sini, semalam.

Menurut beliau, pengendali laman sesawang yang menawarkan perkhidmatan perjudian dalam talian juga tidak terkecuali daripada dikenakan tindakan sekiranya didapati melanggar undang-undang negara.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa sindiket pertaruhan antarabangsa bersama rangkaian bookie tempatan giat menarik penyertaan kaki judi dengan menawarkan ganjaran wang tunai bernilai jutaan ringgit sempena kejohanan Piala Dunia 2026.

Laporan khas berkenaan turut mendedahkan perubahan modus operandi sindiket yang kini lebih banyak menggunakan platform digital untuk mengendalikan urusan pertaruhan.

Aktiviti mengutip wang pertaruhan dilakukan melalui ejen dan punter yang beroperasi secara dalam talian, selain memanfaatkan pelbagai laman sesawang berpangkalan di luar negara bagi mengembangkan rangkaian pelanggan mereka.

Related Posts

Isu viral jadi fokus, JKOM ambil pendekatan turun ke komuniti

SELAYANG – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) memperkenalkan pendekatan gerak kerja baharu yang lebih responsif terhadap isu dan kebimbangan rakyat dengan turun padang bagi mendapatkan maklum balas secara langsung daripada komuniti.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelantikan Syam Ghaz disahkan KSN

PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengesahkan pelantikan Mohd Hisyamuddin Ghazali sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) yang baharu. Shamsul berkata, pelantikan yang berkuat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dr Samsuri wajar lepas jawatan pengerusi PN dengan berakhirnya kerjasama Pas-Bersatu

Dr Samsuri wajar lepas jawatan pengerusi PN dengan  berakhirnya kerjasama Pas-Bersatu

Pas ceraikan Bersatu, hubungan politik berakhir

Pas ceraikan Bersatu, hubungan politik berakhir

Warga Bangladesh tidak mengaku miliki 170kg minyak masak peket

Warga Bangladesh tidak mengaku miliki 170kg minyak masak peket

Tiada unsur khianat dalam kebakaran 27 rumah di Kampung Cina

Tiada unsur khianat dalam kebakaran 27 rumah di Kampung Cina

Kastam Sabah tumpas cubaan seludup dadah, rokok, minuman keras bernilai lebih RM4 juta

Kastam Sabah tumpas cubaan seludup dadah, rokok, minuman keras bernilai lebih RM4 juta

Pejabat Pendakwa Raya Rome siasat Ben-Gvir atas tuduhan aniaya tawanan Global Sumud

  • By Siti
  • June 9, 2026
Pejabat Pendakwa Raya Rome siasat Ben-Gvir atas tuduhan aniaya tawanan Global Sumud