Penunggang motosikal cedera dalam kemalangan kendiri di Jalan Poyan Jaya

LIMBANG – Seorang lelaki dilaporkan terlibat dalam kemalangan kendiri membabitkan sebuah motosikal di Jalan Poyan Jaya di sini, pagi tadi.

Menurut Ketua Zon 7 Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Limbang, PgB Ramlan Marajan mangsa dipercayai terbabas ke bahu jalan ketika dalam perjalanan menuju ke destinasi sebelum mengalami kecederaan.

Menurutnya, mangsa telah diberikan bantuan awal oleh orang awam dan dibawa ke hospital menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ketibaan pasukan penyelamat.

“sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang telah dikerahkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan.

“Setibanya di lokasi, mangsa didapati telah dihantar ke hospital oleh ambulans KKM untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, pihaknya tidak perlu menjalankan operasi penyelamatan dan hanya membuat pemantauan di kawasan kejadian bagi memastikan keadaan berada dalam keadaan selamat.

Operasi kemudiannya ditamatkan selepas pemeriksaan selesai dijalankan dan tiada sebarang risiko lain dikesan di lokasi kejadian.

Keadaan mangsa bagaimanapun belum diketahui dan pihak berkuasa menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati serta mematuhi peraturan lalu lintas bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Related Posts

Operasi SAR lelaki hilang di Sungai Baram diteruskan, mangsa masih belum ditemui

MIRI – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas tenggelam di Sungai Baram berhampiran Kampung Long Miri, Marudi, diteruskan memasuki hari kedua hari ini dengan melibatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MBI tawar diskaun 50 peratus kompaun, parkir dan bot percuma sempena ulang tahun Bandar Raya Ipoh ke-38

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menawarkan pelbagai insentif dan aktiviti menarik kepada warga kota sempena Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Ipoh ke-38, termasuk diskaun 50 peratus kompaun lalu lintas,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu viral jadi fokus, JKOM ambil pendekatan turun ke komuniti

Isu viral jadi fokus, JKOM ambil pendekatan turun ke komuniti

Pelantikan Syam Ghaz disahkan KSN

Pelantikan Syam Ghaz disahkan KSN

Anwar tiba di Tokyo untuk lawatan kerja tiga hari

Anwar tiba di Tokyo untuk lawatan kerja tiga hari

Operasi SAR lelaki hilang di Sungai Baram diteruskan, mangsa masih belum ditemui

Operasi SAR lelaki hilang di Sungai Baram diteruskan, mangsa masih belum ditemui

Isu Rohingya: KP JKOM tinjau kawasan di Selayang teliti keluhan rakyat

Isu Rohingya: KP JKOM tinjau kawasan di Selayang teliti keluhan rakyat

Pas belum maafkan Bersatu, krisis Perlis terus hantui PN

Pas belum maafkan Bersatu, krisis Perlis terus hantui PN