Veteran ATM disaran ceburi sektor pengangkutan selepas bersara

PUTRAJAYA – Bakal pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) disarankan terus menyumbang kepada ekonomi negara melalui peluang pekerjaan dalam sektor pengangkutan selepas tamat perkhidmatan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, adalah merugikan sekiranya anggota tentera yang bersara pada usia muda tidak lagi terlibat dalam aktiviti ekonomi sedangkan negara memerlukan tenaga kerja mahir dan berpengalaman.

Menurut beliau, kerjasama strategik antara Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pengangkutan menerusi PERHEBAT membantu memastikan bakal pesara tentera menerima latihan yang selari dengan keperluan industri sebelum ditawarkan pekerjaan.

“Kita tidak mahu mereka hanya menerima pencen semata-mata. Kita mahu mereka mendapat pekerjaan bermaruah dengan gaji yang baik supaya dapat meneruskan kehidupan dengan lebih selesa,” katanya pada sidang media selepas Majlis Kerjasama Strategik MoT dan MINDEF, pada Khamis.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, sektor pengangkutan mempunyai banyak keperluan tenaga kerja terutama dalam bidang logistik, rel dan penyelenggaraan pesawat (MRO) yang sesuai dengan kemahiran dimiliki veteran ATM.

Beliau berkata, kerajaan juga mempermudah proses pertukaran lesen memandu tentera kepada lesen awam termasuk lesen kelas E bagi membolehkan bekas anggota tentera terus bekerja dalam sektor logistik dan pengangkutan berat tanpa kos tambahan.

“Langkah itu bukan sahaja membantu veteran ATM memperoleh pekerjaan berkualiti dengan gaji mencecah lebih RM4,000 sebulan, malah turut membantu industri yang kini berdepan kekurangan tenaga mahir.

“Veteran ATM mempunyai disiplin, pengalaman dan kemahiran teknikal yang diperlukan industri pengangkutan yang sedang berkembang pesat.

“Agensi dan syarikat di bawah MoT tampil menyediakan peluang pekerjaan dalam sektor pelabuhan, logistik, pengangkutan bas dan industri rel bagi membantu veteran ATM membina kerjaya kedua yang lebih stabil,” katanya.

Related Posts

Kerajaan teliti strategi pusat data tidak jejas bekalan elektrik, air

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang meneliti strategi bagi memenuhi keperluan bekalan elektrik dan air bersih untuk pembangunan pusat data tanpa menjejaskan pengguna domestik serta industri lain. Menteri Kerja Raya, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPJ nafi cadang benar Rohingya buat lesen memandu

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan dakwaan tular kononnya kerajaan bercadang membenarkan etnik Rohingya mengambil lesen memandu di negara ini. JPJ dalam kenyataan, berkata laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Li Qiang jamin kepentingan PMKS Malaysia terpelihara – PM Anwar

Li Qiang jamin kepentingan PMKS Malaysia terpelihara – PM Anwar

Pelaburan lebih RM28 bilion antara hasil lawatan Anwar ke China

Pelaburan lebih RM28 bilion antara hasil lawatan Anwar ke China

Tujuh halaman, tapi soalan asas masih belum dijawab Ismail – Tengku Zafrul

Tujuh halaman, tapi soalan asas masih belum dijawab Ismail – Tengku Zafrul

Abang Perdana Menteri meninggal dunia

Abang Perdana Menteri meninggal dunia

PH Pulau Pinang mahu ‘semak semula’ kerjasama dengan UMNO

PH Pulau Pinang mahu ‘semak semula’ kerjasama dengan UMNO

Gaji rakyat antara keutamaan Belanjawan 2027 – Akmal Nasrullah

Gaji rakyat antara keutamaan Belanjawan 2027 – Akmal Nasrullah