JKNT kesan 10 kes malaria manusia dalam kalangan Rohingya

KUALA TERENGGANU – Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mengeluarkan amaran tahap tinggi (High Alert) kepada semua hospital dan pejabat kesihatan daerah di negeri ini susulan pengesanan 10 kes malaria manusia dalam kalangan warga Rohingya setakat Minggu Epidemiologi ke-21 tahun 2026.

Menerusi satu surat rasmi yang diedarkan kepada semua pengarah hospital dan pegawai kesihatan daerah di Terengganu, JKNT memaklumkan sebanyak 17 kes malaria telah dilaporkan di negeri ini, dengan 10 daripadanya dikenal pasti sebagai malaria manusia jenis Plasmodium vivax dalam kalangan warga Rohingya.

Kes terbaharu dikesan masing-masing satu kes di daerah Dungun dan Kuala Nerus.

Menurut JKNT, hasil siasatan mendapati kesemua individu yang dijangkiti merupakan warga Rohingya yang dipercayai memasuki Malaysia secara tidak sah.

“Maklumat sebenar mengenai pergerakan warga Rohingya yang memasuki Malaysia amat sukar diperoleh dan tiada maklumat jelas mengenai pendedahan mereka kepada jangkitan malaria,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, jabatan berkenaan mengarahkan semua fasiliti kesihatan di Terengganu mengambil langkah segera bagi mengelakkan penularan penyakit tersebut kepada masyarakat tempatan.

Antara tindakan yang diarahkan termasuk pelaksanaan saringan Blood Film for Malaria Parasite (BFMP) melalui kaedah Active Case Detection (ACD) dan Passive Case Detection (PCD) ke atas semua warga Rohingya yang hadir ke hospital, klinik kesihatan dan klinik desa.

Arahan itu turut meliputi wanita hamil serta individu yang mendakwa telah lama berada di Malaysia bagi memastikan tiada kes malaria yang terlepas daripada dikesan.

JKNT menegaskan langkah pengesanan awal dan pemantauan rapi amat penting bagi mengekang risiko penularan malaria manusia kepada penduduk setempat, khususnya di kawasan yang mempunyai kehadiran komuniti migran yang tinggi.

Pihak berkuasa kesihatan negeri turut menyeru semua fasiliti kesihatan agar meningkatkan tahap kesiapsiagaan serta melaporkan sebarang kes yang disyaki dengan segera bagi membolehkan tindakan kawalan dilaksanakan secara berkesan.

Related Posts

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

MUKAH – Kebajikan golongan kurang berkemampuan di daerah ini terus terbela apabila 45 individu menerima sumbangan menerusi Program Jelajah Saberkas Prihatin Sarawak Zon Mukah pada Jumaat.  Inisiatif murni bermula seawal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

KALABAKAN – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) digesa menyegerakan proses tender semula projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Kampung Luasong yang bernilai lebih RM30 juta. Ahli Parlimen Kalabakan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman