UMNO Kangar salur sumbangan kepada mangsa banjir

KANGAR – UMNO Bahagian Kangar terus prihatin apabila turun padang mengagihkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri ini bagi meringankan bebanan 234 keluarga di kawasan ini yang menerima bantuan awal.

Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata, bantuan itu diagihkan kepada mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sena dan mereka yang tidak berpindah.

“Bantuan yang diberikan berbentuk bakul makanan dan keperluan asas. Ia Ia disalurkan mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

“Kita berharap bantuan ini dapat sedikit sebanyak membantu meringankan bebanan yang ditanggung,” katanya di sini semalam.

Beberapa kawasan di Perlis terjejas ekoran hujan berterusan susulan fenomena peralihan monsun.

Antara kawasan yang terjejas termasuk Kampung Titi Besi, Kampung Kubang Gajah dan Kampung Alor Setar.

UMNO Bahagian Kangar turut berterima kasih atas bantuan yang diberikan terutama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas sumbangan peribadi dan agensi kerajaan yang lain.

Related Posts

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

KUCHING – Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan pada masa hadapan disaran agar diraikan secara bergilir-gilir di setiap negeri di seluruh negara bagi memupuk semangat perpaduan nasional yang lebih utuh. Yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

KUCHING – Sarawak di bawah kepemimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus membuktikan komitmen menerusi pendekatan “cakap serupa bikin” dalam merancakkan pembangunan negeri berlandaskan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.  Premier…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

  • By Ithma
  • September 17, 2026
Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz