Lebih 500 ahli UMNO sertai program Gerakan Setia UMNO Jerantut

KUANTAN – Kira-kira 500 ahli UMNO Bahagian Jerantut menyertai pelancaran program Gerakan Setia UMNO yang berlangsung di padang awam FELDA Jengka 24, dekat Jerantut, lewat petang semalam.

Program itu adalah hasil inisiatif Pemuda UMNO Bahagian Jerantut dengan kerjasama pejabat UMNO Bahagian.

Menurut Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerantut, Razak Daud, tujuan utama penganjuran program itu adalah persiapan bagi berdepan pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Hari ini semua ahli pelbagai peringkat hadir dengan penuh semangat sebagai bukti bahawa UMNO Bahagian Jerantut sudah bersedia jika PRU diadakan dalam masa terdekat.

“Selain Pemuda, turut serta Wanita dan Puteri selain penduduk sekitar FELDA Jengka 24,” katanya kepada The Malaysia Press.

Program itu dirasmikan oleh bekas Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar dan turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Haris Salleh Hamzah.

Program bermula sekitar jam 3 petang dengan konvoi bermotosikal oleh Pemuda UMNO Bahagian sekitar tanah rancangan berkenaan.

Mereka kemudian menyertai ratusan ahli UMNO yang sedia menunggu di padang awam bagi acara pelancaran.

Hadir sama Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Rozilan Salleh; Setiausaha UMNO Bahagian, Zainorin Abidin dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Mohd Izzat Illzam Rosidi.

Related Posts

UMNO perlu utamakan denyut nadi rakyat

PEKAN – UMNO perlu melakukan anjakan dan mengetepikan perbezaan dalaman bagi menjadi parti yang benar-benar memahami denyut nadi rakyat serta menjadi sandaran orang Melayu. Ahli Jawatankuasa Perhubungan UMNO Pahang, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN sokong Anwar hingga hujung penggal, tapi mahu tawan Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Barisan Nasional (BN) akan terus menyokong Kerajaan Persekutuan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga tamat penggal, namun berharap diberi mandat untuk mengambil alih pentadbiran Negeri Sembilan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Calon BN didakwa terlibat isu deklarasi saham RM12 juta

Calon BN didakwa terlibat isu deklarasi saham RM12 juta

Ceramah ‘perkauman’ Sanusi: MP DAP desak MCA nyatakan pendirian

Ceramah ‘perkauman’ Sanusi: MP DAP desak MCA nyatakan pendirian

Sektor pertanian Pahang penyumbang kedua terbesar negara

Sektor pertanian Pahang penyumbang kedua terbesar negara

Penduduk Linggi iktiraf sentuhan Aminuddin ubah wajah Negeri Sembilan

Penduduk Linggi iktiraf sentuhan Aminuddin ubah wajah Negeri Sembilan

Pesta Tarian Naga dan Singa rancakkan ekonomi, eratkan perpaduan di Mukah

Pesta Tarian Naga dan Singa rancakkan ekonomi, eratkan perpaduan di Mukah

JKOM Sarawak santuni komuniti Tatau menerusi Program Hasrat MADANI

JKOM Sarawak santuni komuniti Tatau menerusi Program Hasrat MADANI