Op Mabuk: Seorang pemandu mabuk ditahan, 22 keping saman dikeluarkan 

PENAMPANG – Polis berjaya menahan seorang lelaki yang didapati memandu kenderaan dalam keadaan mabuk semasa sekatan jalan raya ‘Op Mabuk’ dijalankan di Jalan Bundusan, di sini, pada Sabtu.

Menurut kenyataannya di laman Facebook rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, seramai 85 individu diperiksa serta 22 keping saman atas pelbagai jenis kesalahan telah dikeluarkan oleh pihaknya dalam operasi berkenaan. 

“Operasi yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), IPD Penampang telah memeriksa keseluruhan 80 kenderaan sehingga pukul 2 pagi.

“Suspek ditahan mengikut Seksyen 45 A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol melebihi had yang telah ditetapkan.

“Jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama dua tahun dan denda tidak kurang dari RM10,000 dan tidak melebihi RM30,000,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Menurut beliau, operasi berkenaan telah berjaya dijalankan dengan kekuatan seramai seorang pegawai kanan polis dibantu oleh enam anggota polis berjalan dengan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Operasi tersebut bertujuan untuk memantau keselamatan pengguna jalan raya supaya sentiasa patuh dengan undang-undang lalu lintas yang ditetapkan.

Related Posts

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

KRIAN – Penduduk luar bandar di kawasan Nanga Atoi, Awik kini boleh menarik nafas lega apabila bakal menikmati kemudahan perubatan yang lebih baik susulan siapnya projek pembinaan Klinik Kesihatan Nanga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

LIMBANG – Pengguna jalan raya yang melalui Jalan RPR Batu Biah (RAP 62N) dimaklumkan akan berlaku lencongan jalan sementara bermula 2 hingga 4 Mei ini. Menurut notis yang dikeluarkan, penutupan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China