Tiga janakuasa bergerak dari Johor bakal pulihkan isu elektrik Limbang

LIMBANG – Sarawak Energy Berhad (SEB) akan membawa masuk tiga set janakuasa bergerak dari Johor Bahru bagi menstabilkan bekalan elektrik di daerah ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, inisiatif berkenaan dijangka tiba di Limbang pada Jumaat ini.

Menurut beliau, langkah itu diambil susulan beberapa set janakuasa sedia ada mengalami kerosakan serta masalah teknikal sehingga menyebabkan gangguan dan catuan elektrik sejak kebelakangan ini.

“SEB telah bertindak pantas mendapatkan bantuan sokongan dari luar dengan membawa masuk tiga set janakuasa bergerak dari Johor Bahru.

“Ketibaan janakuasa ini dijangka dapat membantu meningkatkan kapasiti penjanaan elektrik dan mengembalikan bekalan kepada keadaan yang lebih stabil,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar berkaitan isu bekalan elektrik dan air di Pejabat Residen Limbang pada Selasa.

Mengulas lanjut, Hasbi yang juga Ahli Parlimen Limbang berharap bantuan janakuasa tersebut dapat mengurangkan gangguan bekalan terutamanya menjelang sambutan Hari Gawai tidak lama lagi.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan kerja penyambungan sistem grid negeri sedang giat dilaksanakan dan dijangka siap lebih awal pada Julai depan.

Katanya, projek tersebut diyakini mampu menyelesaikan masalah gangguan serta catuan elektrik yang membelenggu penduduk di Limbang secara tuntas.

“Bagaimanapun, walaupun sistem grid siap nanti, janakuasa sedia ada akan tetap dikekalkan sebagai sokongan alternatif bagi menjamin kestabilan bekalan elektrik secara berterusan,” jelasnya.

Beliau turut memaklumkan SEB kini terpaksa melaksanakan catuan elektrik secara sementara sebagai langkah proaktif bagi mengelakkan gangguan bekalan secara menyeluruh ketika kerja penyelenggaraan dijalankan.

Related Posts

RTK platform lahirkan belia berbudaya dan pemimpin masa depan Sabah

KOTA KINABALU – Randawi Tavantang Kaamatan (RTK) bukan sekadar pertandingan pentas sempena Pesta Kaamatan, tetapi kini menjadi platform penting dalam melahirkan generasi muda Sabah yang berbudaya, berkeyakinan dan mempunyai jati…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pegawai kanan polis, isteri maut kemalangan dua kenderaan

PEKAN – Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor bersama isterinya maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Kilometer 76, Jalan Kuantan-Segamat, dekat Paloh Hinai di sini, awal pagi Rabu. Difahamkan, kejadian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RTK platform lahirkan belia berbudaya dan pemimpin masa depan Sabah

RTK platform lahirkan belia berbudaya dan pemimpin masa depan Sabah

Pegawai kanan polis, isteri maut kemalangan dua kenderaan

Pegawai kanan polis, isteri maut kemalangan dua kenderaan

Sultan Pahang berkenan solat sunat Aidiladha di Masjid Tengku Ampuan Afzan

Sultan Pahang berkenan solat sunat Aidiladha di Masjid Tengku Ampuan Afzan

Kaamatan 2026 perkukuh perpaduan, Sabah jadi tumpuan dunia

Kaamatan 2026 perkukuh perpaduan, Sabah jadi tumpuan dunia

Tiga janakuasa bergerak dari Johor bakal pulihkan isu elektrik Limbang

Tiga janakuasa bergerak dari Johor bakal pulihkan isu elektrik Limbang

Ibadah korban tuntut pengorbanan harta, bukan sekadar sembelihan

Ibadah korban tuntut pengorbanan harta, bukan sekadar sembelihan