Tiga janakuasa bergerak dari Johor bakal pulihkan isu elektrik Limbang

LIMBANG – Sarawak Energy Berhad (SEB) akan membawa masuk tiga set janakuasa bergerak dari Johor Bahru bagi menstabilkan bekalan elektrik di daerah ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, inisiatif berkenaan dijangka tiba di Limbang pada Jumaat ini.

Menurut beliau, langkah itu diambil susulan beberapa set janakuasa sedia ada mengalami kerosakan serta masalah teknikal sehingga menyebabkan gangguan dan catuan elektrik sejak kebelakangan ini.

“SEB telah bertindak pantas mendapatkan bantuan sokongan dari luar dengan membawa masuk tiga set janakuasa bergerak dari Johor Bahru.

“Ketibaan janakuasa ini dijangka dapat membantu meningkatkan kapasiti penjanaan elektrik dan mengembalikan bekalan kepada keadaan yang lebih stabil,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar berkaitan isu bekalan elektrik dan air di Pejabat Residen Limbang pada Selasa.

Mengulas lanjut, Hasbi yang juga Ahli Parlimen Limbang berharap bantuan janakuasa tersebut dapat mengurangkan gangguan bekalan terutamanya menjelang sambutan Hari Gawai tidak lama lagi.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan kerja penyambungan sistem grid negeri sedang giat dilaksanakan dan dijangka siap lebih awal pada Julai depan.

Katanya, projek tersebut diyakini mampu menyelesaikan masalah gangguan serta catuan elektrik yang membelenggu penduduk di Limbang secara tuntas.

“Bagaimanapun, walaupun sistem grid siap nanti, janakuasa sedia ada akan tetap dikekalkan sebagai sokongan alternatif bagi menjamin kestabilan bekalan elektrik secara berterusan,” jelasnya.

Beliau turut memaklumkan SEB kini terpaksa melaksanakan catuan elektrik secara sementara sebagai langkah proaktif bagi mengelakkan gangguan bekalan secara menyeluruh ketika kerja penyelenggaraan dijalankan.

Related Posts

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

SARATOK – Sepasang kekasih ditahan polis selepas terbabit dalam pergaduhan di Kampung Gerigat, Kabong, pada Selasa. Kedua-dua suspek masing-masing lelaki tempatan berusia 31 tahun dari Kampung Nyabor dan wanita tempatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

SIBU – Seorang wanita warga emas berusia 78 tahun dilaporkan hilang dipercayai selepas keluar menuju ke kawasan kebun berhampiran Rumah Philip Kayak, Durin pada petang Rabu. Pusat Gerakan Operasi Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

Nahas helikopter: KKM jamin bantuan penuh sehingga semua urusan selesai

Nahas helikopter: KKM jamin bantuan penuh sehingga semua urusan selesai