Kerajaan terus santuni rakyat, 100 penduduk Kanowit ceria terima sumbangan Gawai

KANOWIT – Komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan tiada golongan yang terpinggir menjelang musim perayaan diterjemahkan menerusi penganjuran Majlis Sejambak Kasih Hari Gawai 2026 yang meraikan 100 penerima pada Selasa.

Inisiatif tersebut merupakan langkah proaktif bagi memastikan golongan sasar terus mendapat perhatian serta bantuan sewajarnya, sekali gus meringankan beban mereka dalam membuat persiapan menyambut Hari Gawai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Anyi Jana berkata, penganjuran program seumpama itu amat bermakna kerana ia bukan sekadar platform serahan bantuan, malah menjadi medium penting untuk memperkukuh silaturahim dalam kalangan komuniti.

“Nilai kasih yang diketengahkan melalui program ini wajar dijadikan amalan dalam kehidupan seharian kita, sama ada di dalam institusi keluarga mahupun masyarakat.

“Semangat perpaduan dan amalan ‘segulai sejalai’ (seiring sejalan) juga perlu terus diperkukuh terutamanya tatkala kita bakal menjelang musim perayaan Gawai ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sejambak Kasih Hari Gawai 2026 di Dewan Pejabat Daerah Kanowit.

Mengulas lanjut, Anyi menegaskan kerajaan Sarawak sentiasa komited memastikan aspek kebajikan rakyat diutamakan menerusi pelbagai insiatif bantuan kemasyarakatan.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak dalam teks ucapannya memaklumkan, program Sejambak Kasih itu dianjurkan khusus bagi meraikan penerima bantuan JKM, terutama masyarakat Iban yang bakal menyambut perayaan itu tidak lama lagi.

“Sambutan Hari Gawai bukan sekadar perayaan, sebaliknya ia adalah simbol kesyukuran, perpaduan serta pengukuhan hubungan kekeluargaan dan komuniti.

“Melalui inisiatif ini, JKM bukan sahaja mahu menyalurkan sokongan material, malah turut ingin berkongsi kegembiraan agar tiada golongan yang berasa tercicir atau terpinggir apabila tiba musim perayaan,” ujar Pegawai Kebajikan Masyarakat Sibu, Uwieng Gimos yang membacakan teks ucapan berkenaan.

Penganjuran program tersebut secara tidak langsung mencerminkan kesungguhan agensi kerajaan dalam membina sebuah masyarakat yang prihatin dan sejahtera.

Related Posts

Kolaborasi Tourism Malaysia dan Cats FM rancakkan pelancongan Sarawak

KUCHING – Tourism Malaysia dengan kerjasama stesen radio Cats FM sukses menganjurkan program Miss SHOPhia Shopping Hunt 2026 bagi mempromosikan pelancongan domestik dan merancakkan sektor peruncitan di Sarawak.   Program interaktif…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan, RM1.5 bilion dana permulaan

SIBU – Sebuah badan khas dikenali sebagai Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan dengan dana permulaan sebanyak RM1.5 bilion bagi memperkukuh pertumbuhan ekonomi Sibu dan zon tengah Sarawak. Premier Sarawak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor

Kerajaan negeri dan Persekutuan perlu saling hormat demi rakyat – Khaled Nordin 

Kerajaan negeri dan Persekutuan perlu saling hormat demi rakyat – Khaled Nordin 

Wujud ejen tempat mengundi diarah keluar

Wujud ejen tempat mengundi diarah keluar