ATM laksana latihan ketenteraan secara tersusun, lalui proses pihak terlibat – MKN

PUTRAJAYA – Pelaksanaan latihan ketenteraan tertakluk kepada prosedur kelulusan yang ketat di samping penyelarasan turut dilakukan bersama kementerian dan agensi berkaitan.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi kenyataan memaklumkan, bagi kawasan latihan yang diwartakan mahupun tidak diwartakan, setiap permohonan perlu melalui proses kelulusan serta pengesahan oleh pihak berkuasa berkaitan termasuk Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Ketua Menteri serta agensi teknikal.

Menurutnya, permohonan juga perlu dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan sebelum sesuatu latihan dilaksanakan bagi memastikan aspek keselamatan pematuhan prosedur dan sensitiviti setempat sentiasa diberi perhatian sebelum dimaklumkan kepada pemilik kawasan.

“Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyokong komitmen Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam memastikan setiap latihan dan operasi ketenteraan dilaksanakan secara profesional, terancang serta mematuhi garis panduan keselamatan dan pemeliharaan alam sekitar.

“Semua prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pelaksanaan latihan ketenteraan akan terus diperkemas dari semasa ke semasa selain
penilaian pasca latihan turut akan dilaksanakan bagi meneliti semula keberkesanan pelaksanaan, mengesahkan sebarang impak yang berlaku

“Pada masa sama, ia untuk memastikan peruntukan dan tanggungjawab berkaitan kerja-kerja pembaikan erhadap sebarang kerosakan ditetapkan dengan sewajarnya,” katanya menerusi kenyataan, pada Selasa.

Dalam pada itu, MKN berpandangan, kesiapsiagaan pertahanan merupakan elemen penting dalam memastikan kedaulatan, keselamatan serta kepentingan strategik negara sentiasa terpelihara.

Pada masa yang sama, katanya, aspek keseimbangan antara keperluan operasi pertahanan dan sensitiviti setempat perlu terus diberi perhatian melalui pendekatan libat urus dan penyelarasan yang berterusan bersama semua pihak berkepentingan,

“Sehubungan itu, latihan ketenteraan dilaksanakan dengan kerjasama rapat antara ATM, Kerajaan Negeri serta agensi-agensi berkaitan.

“Ini bagi memastikan Þelaksanaan aktiviti ketenteraan dapat dilaksanakan secara tersusun, selamat dan berhemah selaras dengan kepentingan keselamatan negara serta kesejahteraan rakyat,” katanya.

Terdahulu, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap aktiviti latihan ketenteraan ATM yang bakal dilaksanakan terutamanya di kawasan kepulauan di Pahang.

Bagaimanapun titah itu bukan bermakna baginda menolak aktiviti ketenteraan bagi meningkatkan kemahiran dan pengalaman para pegawai dan anggota tentera.

Sebaliknya, baginda mahu aktiviti ketenteraan tersebut dilaksanakan dalam keadaan yang terkawal serta bertanggungjawab, selamat dan harmoni dengan alam sekitar serta semua pihak di negeri ini.

Justeru itu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjunjung kasih atas keprihatinan, titah dan pandangan dizahirkan Tengku Mahkota Pahang berhubung pelaksanaan aktiviti ketenteraan di Pahang seperti dilaporkan media.

ATM dalam kenyataan berkata, sebagai institusi pertahanan negara, pihaknya sentiasa komited memastikan setiap latihan, eksesais dan operasi dilaksanakan secara terancang, profesional serta bertanggungjawab.

Menurutnya, ATM mematuhi sepenuhnya garis panduan, prosedur operasi dan penilaian impak alam sekitar yang ditetapkan pihak berkuasa berkaitan.

Related Posts

Keputusan asas penambahan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak dicapai, perincian diserah kepada SPR

KUCHING – Keputusan dasar berhubung tuntutan penambahan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak telah dipersetujui di peringkat kepemimpinan tertinggi negara, dan proses selanjutnya kini diserahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Acara kemuncak Hari Malaysia di BCCK janjikan kelainan, pengunjung dinasihat pakai pelitup muka

KUCHING – Sambutan Hari Malaysia ke-63 Peringkat Kebangsaan yang dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada malam 16 September ini bakal menjanjikan pelbagai pengisian istimewa buat pengunjung. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan