Kes ejen hartanah tikam teman wanita dituduh esok

ALOR SETAR – Seorang ejen hartanah yang ditahan berhubung kes tikam kenalan wanita di dalam kereta di Titi Gajah pada 17 Mei lalu dijangka dituduh di Mahkamah Sesyen di sini pada esok.

Pertuduhan terhadap lelaki berusia 32 tahun itu dijangka dilakukan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Pendakwaan di bawah seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, manakala jika perbuatan itu menyebabkan kecederaan, boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah ketika dihubungi hari ini.

Tertuduh kini dalam reman bagi membantu siasatan kes tikam wanita berusia 35 tahun tersebut sejak 18 Mei lalu dengan kes sebelum ini disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera parah menggunakan senjata.

Media sebelum ini melaporkan seorang wanita yang merupakan ibu tunggal dua anak cedera parah pada leher akibat ditikam seorang kenalan lelaki di dalam kereta di hadapan sebuah restoran di Jalan Titi Gajah kira-kira pukul 9.19 malam, 17 Mei lalu.

Kejadian tikam itu berlaku di dalam sebuah kereta jenis Mazda dengan mangsa berada di tempat duduk pemandu, manakala suspek di tempat duduk penumpang hadapan.

Suspek yang melarikan diri sebaik kejadian berjaya ditahan ketika bersembunyi di kawasan masjid di Taman Uda, di sini kira-kira pukul 1.50 pagi, 18 Mei lepas.

Suspek dan mangsa dikatakan saling mengenali sejak lebih setahun lalu kerana mereka masing-masing bekerja sebagai ejen hartanah.

Motif kejadian dipercayai akibat perasaan cemburu atau cinta tidak berbalas.

Sebilah pisau rambo yang disyaki digunakan dalam kejadian itu berjaya dijumpai polis di kawasan sawah kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian setelah dipandu arah oleh suspek sendiri.

Related Posts

LPKP Sabah perjelas isu pelaksanaan BAS.MY Kota Kinabalu

KOTA KINABALU – Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah tampil menjelaskan beberapa isu dan dakwaan yang tular di media sosial berhubung pelaksanaan perkhidmatan BAS.MY Kota Kinabalu di bawah Program Stage…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tindakan penguatkuasaan tegas kepada pemilik sewa premis termasuk pelarian Rohingya

IPOH – Kerajaan Negeri Perak tidak akan berkompromi terhadap mana-mana warga tempatan yang didapati menyewakan premis perniagaan kepada orang ketiga termasuk pelarian Rohingya untuk menjalankan aktiviti perniagaan secara tidak sah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

LPKP Sabah perjelas isu pelaksanaan BAS.MY Kota Kinabalu

LPKP Sabah perjelas isu pelaksanaan BAS.MY Kota Kinabalu

Tindakan penguatkuasaan tegas kepada pemilik sewa premis termasuk pelarian Rohingya

Tindakan penguatkuasaan tegas kepada pemilik sewa premis termasuk pelarian Rohingya

Sabah catat penurunan 5.9 peratus kadar penagih, penyalahgunaan dadah serta bahan

Sabah catat penurunan 5.9 peratus kadar penagih, penyalahgunaan dadah serta bahan

Regatta Lepa ke-31 dijangka tarik 50,000 pengunjung ke Semporna

Regatta Lepa ke-31 dijangka tarik 50,000 pengunjung ke Semporna

355 mangsa kebakaran Kampung Bahagia terima bantuan KESUMA

355 mangsa kebakaran Kampung Bahagia terima bantuan KESUMA

Pelebaran jalan Taman Sri Lagenda langkah positif, namun belum cukup atasi kesesakan – Vivian

Pelebaran jalan Taman Sri Lagenda langkah positif, namun belum cukup atasi kesesakan – Vivian