Kes ejen hartanah tikam teman wanita dituduh esok

ALOR SETAR – Seorang ejen hartanah yang ditahan berhubung kes tikam kenalan wanita di dalam kereta di Titi Gajah pada 17 Mei lalu dijangka dituduh di Mahkamah Sesyen di sini pada esok.

Pertuduhan terhadap lelaki berusia 32 tahun itu dijangka dilakukan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Pendakwaan di bawah seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, manakala jika perbuatan itu menyebabkan kecederaan, boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah ketika dihubungi hari ini.

Tertuduh kini dalam reman bagi membantu siasatan kes tikam wanita berusia 35 tahun tersebut sejak 18 Mei lalu dengan kes sebelum ini disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera parah menggunakan senjata.

Media sebelum ini melaporkan seorang wanita yang merupakan ibu tunggal dua anak cedera parah pada leher akibat ditikam seorang kenalan lelaki di dalam kereta di hadapan sebuah restoran di Jalan Titi Gajah kira-kira pukul 9.19 malam, 17 Mei lalu.

Kejadian tikam itu berlaku di dalam sebuah kereta jenis Mazda dengan mangsa berada di tempat duduk pemandu, manakala suspek di tempat duduk penumpang hadapan.

Suspek yang melarikan diri sebaik kejadian berjaya ditahan ketika bersembunyi di kawasan masjid di Taman Uda, di sini kira-kira pukul 1.50 pagi, 18 Mei lepas.

Suspek dan mangsa dikatakan saling mengenali sejak lebih setahun lalu kerana mereka masing-masing bekerja sebagai ejen hartanah.

Motif kejadian dipercayai akibat perasaan cemburu atau cinta tidak berbalas.

Sebilah pisau rambo yang disyaki digunakan dalam kejadian itu berjaya dijumpai polis di kawasan sawah kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian setelah dipandu arah oleh suspek sendiri.

Related Posts

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

KANGAR – Satu bungkusan guni reput yang disyaki mengandungi rangka manusia ditemukan di sebuah kebun berhampiran sebuah kilang di Behor Mali, di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

ARAU – Seorang pelajar politeknik maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan membabitkan empat motosikal di Jalan Changlun, Kuala Perlis berhampiran Kampung Banat, awal pagi tadi. Mangsa berusia 19…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu