Nie Ching santuni mangsa banjir lumpur Kg Separa, 32 keluarga terima bantuan

KULAI – Timbalan Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching tampil menghulurkan bantuan kepada 32 keluarga yang terjejas akibat banjir lumpur yang melanda Kampung Separa, di sini susulan cuaca ekstrem awal bulan ini.

Kejadian pada 8 Mei 2026 itu berpunca daripada hujan lebat berskala tinggi berserta angin kencang yang menyebabkan limpahan air bercampur lumpur memasuki kawasan penempatan penduduk, sekali gus menjejaskan sebanyak 32 buah rumah.

Beliau berkata, situasi tersebut turut dipercayai berkait dengan faktor pembangunan projek perumahan di kawasan berhampiran yang memberi kesan terhadap aliran air serta lumpur ke kawasan penduduk, sekali gus memburukkan lagi keadaan ketika hujan lebat.

Dalam usaha meringankan beban mangsa, Nie Ching turun padang menyantuni penduduk terlibat selain menyampaikan sumbangan kepada semua 32 keluarga yang terkesan pada Ahad.

Katanya, bantuan itu diharap dapat sedikit sebanyak membantu keluarga mangsa, khususnya menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba tidak lama lagi.

“Semoga bantuan yang disampaikan ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada keluarga yang terjejas. Saya juga berharap semua mangsa terus diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi situasi ini,” katanya.

Kejadian banjir lumpur itu mencetuskan kebimbangan penduduk setempat yang mahu punca sebenar masalah dikenal pasti agar kejadian sama tidak berulang, terutama melibatkan faktor saliran dan pembangunan di kawasan sekitar.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tular tambang ECRL 2027, MRL tegaskan kadar belum dimuktamadkan

Tular tambang ECRL 2027, MRL tegaskan kadar belum dimuktamadkan

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama