Pahang setuju lanjut bayaran cukai tanah hingga 30 Jun

KUANTAN – Kerajaan Pahang bersetuju melanjutkan tempoh bayaran cukai tanah bagi tahun 2026 sehingga 30 Jun ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keputusan itu menyaksikan pelanjutan selama sebulan daripada tarikh asal yang sepatutnya berakhir pada 31 Mei setiap tahun.

Pembayar cukai yang menjelaskan komitmen mereka dalam tempoh pelanjutan ini turut diberikan pengecualian denda lewat sebanyak 10 peratus daripada jumlah cukai tanah semasa.

Beliau menjelaskan, keputusan pelanjutan tempoh ini diputuskan setelah mengambil kira susunan kalendar dan tempoh cuti yang agak panjang sepanjang bulan Mei.

“Langkah ini diambil bagi memberi ruang, masa, dan kemudahan kepada rakyat untuk menjelaskan bayaran cukai tanah masing-masing tanpa terbeban,” katanya dalam satu kenyataan.

Wan Rosdy mengingatkan pemilik tanah di Pahang mengenai kepentingan pembayaran cukai sebagai satu tanggungjawab yang kritikal.

Katanya, hasil kutipan itu akan dipulangkan semula kepada rakyat menerusi pelbagai agenda penting negeri.

“Antara fokus utama hasil kutipan cukai tanah termasuklah penyediaan dan naik taraf infrastruktur selain memperkasakan agenda kebajikan rakyat melalui bantuan kepada golongan sasar,” ujarnya.

Sehubungan itu, Wan Rosdy menyeru semua pembayar cukai mengambil peluang diberikan kerajaan negeri untuk menyelesaikan tunggakan atau bayaran semasa dengan segera.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit