Ilmu rawat jantung mesti selari teknologi perubatan semasa – Abdul Rahman

LIMBANG – Kerajaan Sarawak akan terus memberi penekanan terhadap pembangunan sektor kesihatan khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman bagi memastikan rakyat menikmati akses perkhidmatan yang lebih berkualiti dan efisien.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Abdul Rahman Ismail berkata, usaha memperkukuh sistem kesihatan memerlukan komitmen berterusan daripada semua pihak termasuk petugas kesihatan, institusi perubatan dan agensi berkaitan.

Menurutnya, Program Heart Failure Update 2026 Bahagian Limbang memainkan peranan penting sebagai platform perkongsian ilmu dan perkembangan terkini berkaitan pengurusan penyakit kegagalan jantung.

“Bidang kesihatan sentiasa berkembang seiring kemajuan teknologi dan penemuan baharu dalam dunia perubatan.

“Oleh itu, petugas kesihatan perlu sentiasa didedahkan dengan perkembangan terkini supaya rawatan dan perkhidmatan yang diberikan kepada pesakit berada pada tahap terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Heart Failure Update 2026 Bahagian Limbang di Mini Auditorium, Pusat Kecemerlangan Bahagian Limbang pada Ahad.

Program tersebut menghimpunkan seramai 65 peserta terdiri daripada pegawai dan petugas kesihatan dari Pejabat Kesihatan Limbang dan Lawas serta hospital di kedua-dua daerah berkenaan.

Dalam pada itu, Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota menegaskan komitmen kerajaan Sarawak untuk terus memperkasa kemudahan perubatan di kawasan pedalaman yang memerlukan perhatian khusus.

Ujarnya, kerajaan Sarawak sentiasa menyokong usaha meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan kesihatan merangkumi aspek pembangunan infrastruktur, penyediaan peralatan moden dan latihan tenaga kerja.

“Kesihatan rakyat merupakan antara keutamaan kerajaan. Sebab itu pelbagai usaha sedang dan akan terus dilaksanakan bagi memastikan masyarakat di seluruh Sarawak mendapat perkhidmatan yang lebih baik.

“Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada penganjur, tenaga pengajar serta semua peserta yang komited menjayakan sesi perkongsian ilmu ini,” tambahnya.

Program sehari itu turut menampilkan beberapa pakar perubatan dari pelbagai hospital yang berkongsi pengalaman serta amalan klinikal terkini berhubung pengurusan penyakit kegagalan jantung.

Related Posts

Lima peniaga putih mata rugi RM28,160 diperdaya sindiket tender palsu

MIRI – Taktik licik sindiket penipuan yang menyamar sebagai wakil agensi kerajaan membawa padah apabila lima peniaga kecil di bandar ini berputih mata selepas mengalami kerugian berjumlah RM28,160 akibat diperdaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kapasiti cecah 4 juta penumpang, Lapangan Terbang Miri terima peruntukan RM445 juta

MIRI – Lapangan Terbang Antarabangsa Miri bakal melalui proses pembesaran dan naik taraf berskala besar selepas Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM445 juta di bawah Rolling Plan 1, Rancangan Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima peniaga putih mata rugi RM28,160 diperdaya sindiket tender palsu

Lima peniaga putih mata rugi RM28,160 diperdaya sindiket tender palsu

Kapasiti cecah 4 juta penumpang, Lapangan Terbang Miri terima peruntukan RM445 juta

Kapasiti cecah 4 juta penumpang, Lapangan Terbang Miri terima peruntukan RM445 juta

Keyakinan Pas semakin tinggi, akar umbi mula persoal keperluan PN menjelang PRU16

Keyakinan Pas semakin tinggi, akar umbi mula persoal keperluan PN menjelang PRU16

Petronas sahkan insiden di FSO Sepat

Petronas sahkan insiden di FSO Sepat

Bukan sekadar sumber kayu, hutan pemacu utama ekonomi hijau Sarawak

Bukan sekadar sumber kayu, hutan pemacu utama ekonomi hijau Sarawak

Arsenal, United tutup tirai EPL dengan kemenangan

Arsenal, United tutup tirai EPL dengan kemenangan