Tengku Hassanal zahir kebimbangan latihan tentera ancam ekosistem alam sekitar

KUANTAN – Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap aktiviti latihan ketenteraan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bakal dilaksanakan terutamanya di kawasan kepulauan di Pahang.

Melalui kenyataan dikeluarkan, baginda bimbang aktiviti latihan ketenteraan tersebut akan menggugat ekosistem alam sekitar, flora dan faunanya.

Bagaimanapun titah itu bukan bermakna baginda menolak aktiviti ketenteraan bagi meningkatkan kemahiran dan pengalaman para pegawai dan anggota tentera.

Sebaliknya, baginda mahu aktiviti ketenteraan tersebut dilaksanakan dalam keadaan yang terkawal serta bertanggungjawab, selamat dan harmoni dengan alam sekitar serta semua pihak di negeri ini.

Melalui kenyataan itu, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menitahkan agar pihak ATM dan semua pihak mesti mematuhi serta menjunjung titah berkenaan.

Baginda menegaskan tidak akan teragak-agak meminta kerajaan negeri untuk mengambil tindakan sewajarnya sekiranya terdapat sebarang pelanggaran prosedur yang berlaku.

Related Posts

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

KOTA KINABALU – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan bantuan Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) bernilai RM30,600, membabitkan sumbangan RM300 kepada setiap 102 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

KINABATANGAN – Penduduk di tiga buah kampung dalam Mukim Batu Puteh di sini, merayu campur tangan segera pihak berwajib bagi mengatasi masalah pencerobohan gajah liar yang didakwa berlarutan sejak 25…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Cahaya keemasan KWKK HRPB semarak sokongan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2026

Cahaya keemasan KWKK HRPB semarak sokongan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2026

10 tangki air baharu bakal kurangkan gangguan bekalan Puncak Gloxinia

10 tangki air baharu bakal kurangkan gangguan bekalan  Puncak Gloxinia

Anjing liar: Penguatkuasaan diteruskan, namun mesti berperikemanusiaan – Amirudin

Anjing liar: Penguatkuasaan diteruskan, namun mesti berperikemanusiaan – Amirudin