UMNO Sabah hanya pelengkap kerajaan negeri, bukan lagi parti dominan

PUTRAJAYA – Peranan UMNO Sabah dalam landskap politik negeri kini tidak lagi seperti era awal kemasukan parti itu, sebaliknya hanya berfungsi sebagai pelengkap dalam gabungan kerajaan negeri sedia ada.

Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, keadaan politik semasa mempamerkan perubahan ketara apabila masyarakat Bumiputera kini berpecah kepada beberapa blok politik, sekali gus menjadikan UMNO bukan lagi satu-satunya wadah penyatuan seperti sebelum ini.

Menurut beliau, UMNO memasuki Sabah pada tahun 1991 atas jemputan Allahyarham Tun Datu Mustapha Harun yang ketika itu memimpin Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) bagi menyatukan sokongan Bumiputera Islam serta memainkan peranan dominan dalam politik negeri.

“UMNO Sabah tidak lagi memainkan peranan dominan sebaliknya menjadi pelengkap yang menyokong kerajaan negeri diterajui serta ditunjangi oleh gabungan parti tempatan.

“Masa depan Umno bergantung kepada penerimaan realiti ini serta kerjasama strategik bagi memperkukuh perpaduan, pembangunan Sabah dan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya menerusi kenyataan, pada Ahad.

Terdahulu, Salleh sebelum ini berkata, UMNO perlu menilai semula peranannya di Sabah dan menegaskan parti itu mesti melihat ke hadapan dan membuat keputusan berdasarkan realiti politik semasa.

Ia susulan prestasi buruk UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 tahun lalu, menyaksikan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Warisan memperoleh jumlah kerusi terbesar, manakala (BN) menang enam DUN. PKR pula hanya menang satu kerusi.

Related Posts

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Radzi Rahim yang meninggal dunia dalam kejadian pokok tumbang di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerjasama BN-PN: Rakyat berhak mendapat penjelasan yang jelas – Mahfuz

KENYATAAN Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengenai hasrat meneruskan kerjasama politik antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menjelang Pilihan Raya Negeri Melaka telah mencetuskan persoalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang