PKR Maran sedia letak calon di DUN Luit, Kuala Sentul

MARAN – PKR Cabang Maran sasar untuk merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Luit dan Kuala Sentul serta mempertahankan sokongan rakyat di kedua-dua kawasan tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Ketua Cabang PKR Maran, Michael Sia berkata, kedua-dua kerusi dimenangi Perikatan Nasional pada PRU-15 lalu itu penting kerana ia bukan sekadar soal politik atau pilihan raya tetapi melibatkan masa depan rakyat, pembangunan kawasan serta hala tuju generasi akan datang di Maran.

Menurutnya, selama ini pimpinan dan anggota PKR Maran turun padang secara konsisten mendekati rakyat tanpa mengira kaum, agama ataupun latar belakang politik.

“Kami turun ke kampung, taman perumahan, kampung baharu, kawasan FELDA dan penempatan masyarakat untuk mendengar suara rakyat dan melihat sendiri masalah dihadapi masyarakat setempat.

“Semua isu ini telah kami lihat, dengar dan teliti sendiri melalui suara serta aduan rakyat di peringkat akar umbi bagaimanapun banyak yang masih gagal diselesaikan dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Mesyuarat Penubuhan Jentera Pilihan Raya Cabang PRU16 di Pejabat PKR Maran di sini, hari ini.

Michael berkata, rakyat tidak mahu mendengar slogan politik semata-mata sebaliknya mahukan wakil rakyat yang benar-benar bekerja, memahami denyut nadi masyarakat dan mampu membawa penyelesaian kepada masalah rakyat.

Atas sebab itu, jelasnya, PKR Maran percaya sudah tiba masa untuk parti itu khususnya Pakatan Harapan (PH) menawarkan satu pendekatan politik lebih matang, stabil, inklusif dan berpaksikan rakyat.

“Di Maran ini, masyarakat terdiri kaum Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain hidup bersama dalam suasana harmoni justeru semangat saling menghormati dan bekerjasama ini perlu terus dipertahankan,” katanya.

Sementara itu, beliau turut berkata, landskap politik akan datang semakin mencabar dan sebarang perpecahan dalaman hanya akan melemahkan kekuatan parti serta memberi kelebihan kepada lawan politik.

Namun katanya, jangan sesekali memandang rendah kesungguhan, semangat dan kebangkitan gerak kerja PKR di Maran kerana PRU16 bakal menjadi medan penting untuk rakyat menentukan masa depan mereka.

“PKR Maran memberikan mesej jelas kepada mana-mana parti politik yang berhasrat menawarkan diri kepada rakyat pada PRU16 bahawa kami tidak gentar berdepan cabaran pada pilihan raya umum nanti,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Michael meluahkan rasa kekecewaan apabila ada pimpinan cabang itu hadir ke program Parti Bersama Malaysia di Petaling Jaya pada hari yang sama berlangsungnya Konvensyen PH, baru-baru ini.

Beliau berkata, tindakan tersebut bukan sahaja menimbulkan keresahan dalam kalangan anggota akar umbi, malah mencalar keyakinan anggota terhadap disiplin serta kesetiaan pimpinan parti.

“Cabang PKR Maran tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pimpinan yang gagal menunjukkan kesetiaan, disiplin dan komitmen yang jelas kepada perjuangan parti.

“Sehubungan itu, kami dengan tegas mendesak mana-mana pimpinan yang tidak lagi bersama perjuangan dan hala tuju parti supaya melepaskan jawatan mereka secara terhormat,” katanya.

Related Posts

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

KINABATANGAN – Penduduk di tiga buah kampung dalam Mukim Batu Puteh di sini, merayu campur tangan segera pihak berwajib bagi mengatasi masalah pencerobohan gajah liar yang didakwa berlarutan sejak 25…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

BENTONG – Empat sekeluarga maut selepas kenderaan jenis pacuan empat roda dinaiki mereka dihempap pokok di Jalan Janda Baik-Bentong, dekat Janda Baik, di sini, tengah hari tadi. Kejadian berlaku ketika…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Cahaya keemasan KWKK HRPB semarak sokongan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2026

Cahaya keemasan KWKK HRPB semarak sokongan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2026

10 tangki air baharu bakal kurangkan gangguan bekalan Puncak Gloxinia

10 tangki air baharu bakal kurangkan gangguan bekalan  Puncak Gloxinia

Anjing liar: Penguatkuasaan diteruskan, namun mesti berperikemanusiaan – Amirudin

Anjing liar: Penguatkuasaan diteruskan, namun mesti berperikemanusiaan – Amirudin

Kerjasama BN-PN: Rakyat berhak mendapat penjelasan yang jelas – Mahfuz

Kerjasama BN-PN: Rakyat berhak mendapat penjelasan yang jelas – Mahfuz