Pas bermusim dalam isu institusi Raja namun rakyat makin celik

ISU melibatkan institusi Raja sentiasa menjadi perkara yang sensitif dalam negara ini.

Menurut Naib Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar berkata, sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, penghormatan terhadap institusi Raja merupakan asas penting dalam kestabilan politik dan keharmonian masyarakat.

Namun begitu, mutakhir ini rakyat semakin melihat bagaimana isu institusi Raja sering dipergunakan secara bermusim oleh sesetengah pihak demi keuntungan politik semata-mata.

“Apa yang berlaku hari ini memperlihatkan sikap tidak konsisten Pas dalam menangani isu berkaitan institusi Raja.

“Apabila melibatkan musuh politik mereka, Pas tampil agresif dengan pelbagai tuduhan ‘derhaka’, menghasut emosi rakyat dan cuba menonjolkan diri sebagai kononnya pejuang utama mempertahankan institusi Raja Melayu.

“Tetapi apabila kenyataan yang hampir sama datang daripada pimpinan mereka sendiri, pendekatan yang digunakan berubah sama sekali,” katanya.

Jelasnya lagi, rakyat masih mengingati kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, yang menyatakan bahawa titah Yang di-Pertuan Agong bukanlah pemutus mutlak dalam perjalanan demokrasi dan politik negara.

Mahfuz berkata, maksud yang dapat difahami daripada kenyataan tersebut ialah dalam sistem Raja Berperlembagaan, kuasa Raja tertakluk kepada Perlembagaan dan proses demokrasi yang diamalkan negara.

Namun hari ini katanya, Pas dilihat menyerang pihak lain atas isu yang membawa maksud yang hampir sama.

“Persoalan yang timbul ialah mengapa Pas tidak mengecam kenyataan Presiden mereka sendiri?

“Mengapa ketika kenyataan itu dibuat, tiada himpunan bantahan diadakan di hadapan Istana Negara? Mengapa ukuran ‘derhaka’ berubah mengikut siapa yang bercakap dan parti mana yang terlibat?” soalnya.

Menurut Mahfuz, inilah hakikat politik bermusim yang semakin disedari rakyat. Prinsip yang sepatutnya menjadi pegangan tetap akhirnya berubah mengikut kepentingan politik semasa.

Beliau berkata, ketika lawan bersuara, mereka dituduh menghina Raja dan dianggap penderhaka.

“Tetapi apabila melibatkan pemimpin sendiri, alasan seperti ‘konteks’, ‘tafsiran’ dan ‘demokrasi’ mula digunakan bagi mempertahankan keadaan.

“Dalam isu ini, perkara pokok bukanlah soal mempertahankan mana-mana individu,” katanya.

Tegasnya, sama ada melibatkan Tony Pua atau mana-mana tokoh politik lain, prinsip yang perlu ditegakkan ialah konsistensi dan kejujuran dalam berpolitik.

“Institusi Raja tidak boleh dijadikan alat untuk meraih sokongan emosi rakyat, terutama orang Melayu, hanya ketika ia memberi keuntungan politik kepada sesuatu pihak.

“Malaysia berdiri atas asas Raja Berperlembagaan. Ini bermakna institusi Raja mesti dihormati dan dipertahankan, dalam masa yang sama Perlembagaan Persekutuan juga wajib dijunjung sebagai undang-undang tertinggi negara,” katanya.

Mahfuz berkata, kedua-duanya tidak boleh dipisahkan dan tidak boleh dimanipulasi demi kepentingan politik sempit.

Katanya, rakyat hari ini semakin matang dalam menilai politik negara. Mereka mampu melihat siapa yang benar-benar mempertahankan institusi negara secara ikhlas dan siapa pula yang hanya menggunakan isu Raja ketika ia menguntungkan kedudukan politik mereka.

“Politik menunggang sentimen tidak lagi mudah memperdayakan rakyat seperti dahulu.

“Jika benar Pas ikhlas mempertahankan institusi Raja, maka mereka perlu konsisten dalam semua keadaan tanpa memilih sasaran berdasarkan kepentingan politik.

“Prinsip tidak boleh berubah mengikut warna parti atau kedudukan individu,” katanya.

Mahfuz berkata, institusi Raja terlalu tinggi martabatnya untuk dijadikan alat percaturan politik bermusim.

Menurutnya, apa yang rakyat perlukan hari ini ialah politik yang matang, jujur dan berprinsip iaitu bukan politik hipokrasi yang berubah mengikut keadaan.

Related Posts

SPRM beri sebulan kepada Azeez, keluarga isytihar harta

KAJANG – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tempoh sebulan kepada bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Azeez Abdul Rahim dan ahli keluarganya untuk mengisytiharkan harta masing-masing. Ketua Pesuruhjaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM rakam keterangan Isa Samad hingga Khamis bantu siasatan FELDA, FIC

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka mengambil masa sehingga Khamis ini untuk merakam keterangan bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad, yang kini menjalani hukuman penjara. Ketua Pesuruhjaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kecekapan Pelabuhan Sandakan perlu dipertingkat sebelum 2029 – Ewon

  • By Fandi
  • September 19, 2026
Kecekapan Pelabuhan Sandakan perlu dipertingkat sebelum 2029 – Ewon

AirBorneo disaran tambah penerbangan Limbang-Kuching dua kali sehari

AirBorneo disaran tambah penerbangan Limbang-Kuching dua kali sehari

Limbang sasar status hab ekonomi, pelancongan rentas sempadan serantau

Limbang sasar status hab ekonomi, pelancongan rentas sempadan serantau

UPKO bakal pertahan dua kerusi Parlimen

  • By Fandi
  • September 19, 2026
UPKO bakal pertahan dua kerusi Parlimen

SPRM beri sebulan kepada Azeez, keluarga isytihar harta

SPRM beri sebulan kepada Azeez, keluarga isytihar harta

SPRM rakam keterangan Isa Samad hingga Khamis bantu siasatan FELDA, FIC

SPRM rakam keterangan Isa Samad hingga Khamis bantu siasatan FELDA, FIC