Jualan Rahmah MADANI Hospital Miri dapat sambutan menggalakkan

MIRI – Penganjuran Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) Hospital Miri Bilangan 2/2026 yang disasarkan khas buat petugas kesihatan mendapat sambutan yang amat menggalakkan pada Jumaat. 

Program yang dijayakan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta pasar raya 99 Speedmart itu memberi manfaat besar kepada warga Hospital Miri, Klinik Kesihatan Bandaraya Miri (KKBM) dan Pejabat Kesihatan Bahagian Miri.

Berlangsung di Asrama Kejururawatan Hospital Miri bermula dari jam 9 pagi hingga 4 petang, inisiatif tersebut menjadi tumpuan petugas barisan hadapan untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian pada harga yang lebih murah dan berpatutan.

Pelaksanaan program berkenaan bukan sahaja bertujuan untuk membantu meringankan beban kos sara hidup, malah memudahkan warga kesihatan membeli keperluan asas tanpa perlu memandu jauh dari kawasan tempat kerja mereka.

Sementara itu, Timbalan Pengarah (Pengurusan) Hospital Miri, Rita Elisha Mering turut turun padang bagi meninjau pelaksanaan jualan tersebut untuk memastikan kelancaran perjalanannya.

Dalam pada itu, pihak penganjur turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan penganjuran PJRM Hospital Miri kali ini berjalan dengan lancar dan jayanya.

Related Posts

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

IPOH – Seorang wanita didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin selepas mengaku bersalah melakukan kekerasan jenayah terhadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika sambutan Hari Kebangsaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki ditahan bersama dadah, simpan objek menyerupai pistol dan 208 peluru hidup

IPOH – Kegiatan seorang lelaki yang dipercayai aktif mengedar dadah sejak empat bulan lalu terbongkar apabila dia ditahan bersama ketamin, MDMA serta pelbagai objek menyerupai senjata api dan ratusan peluru…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka