Tubuh parti baharu tidak wajar ketika negara perlukan kestabilan

KUKUP – Tindakan bekas Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli, yang meletakkan jawatan dan kemudiannya menubuhkan sebuah parti politik baharu disifatkan sebagai langkah yang tidak wajar serta berisiko menggugat kestabilan politik negara ketika rakyat masih berdepan pelbagai cabaran ekonomi dan sosial.

Setiausaha Pengelola PKR Negeri Johor, Mohd Sayfaul Ariffin Abdul Karim berkata, keputusan tersebut menimbulkan persoalan besar memandangkan negara ketika ini memerlukan kestabilan politik, kesatuan dalam kalangan kepimpinan serta tumpuan kerajaan untuk meneruskan agenda pembangunan dan kebajikan rakyat.

Menurut beliau, rakyat kini lebih mengharapkan kerajaan memberi fokus kepada usaha memulihkan ekonomi, menangani isu kos sara hidup, memperkukuh keyakinan pelabur serta memastikan pentadbiran negara tidak terganggu dengan polemik politik baharu.

Katanya, tindakan keluar daripada arus perjuangan sedia ada dan membentuk wadah politik baharu hanya berpotensi mencetuskan perpecahan dalam kalangan penyokong reformasi selain menimbulkan ketidaktentuan terhadap landskap politik semasa.

“Dalam keadaan negara berdepan cabaran ekonomi global, tekanan hidup rakyat serta keperluan mengekalkan keyakinan pelabur, pemimpin politik sewajarnya mempamerkan kematangan dan mengutamakan kestabilan berbanding mencetuskan percaturan baharu,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut menegaskan bahawa mandat rakyat pada pilihan raya umum lalu adalah untuk memastikan kestabilan politik dapat dikekalkan selepas negara melalui beberapa episod ketidaktentuan pentadbiran dan pertukaran kerajaan.

Tambah beliau, rakyat sudah semakin penat dengan konflik politik yang berpanjangan dan kini lebih mahukan pemimpin yang fokus bekerja, turun padang serta menyelesaikan isu berkaitan kebajikan rakyat.

Mohd Sayfaul Ariffin turut menyeru seluruh pimpinan serta anggota PKR supaya terus kekal setia kepada perjuangan parti dan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam meneruskan agenda reformasi dan pembangunan negara.

Beliau percaya sebarang perbezaan pandangan atau ketidakpuasan hati seharusnya diselesaikan melalui saluran yang lebih matang tanpa perlu mengambil tindakan drastik yang boleh memberi kesan kepada kestabilan politik serta keyakinan rakyat terhadap perjuangan reformasi.

Kenyataan itu hadir susulan tindakan Rafizi yang secara rasmi meletakkan jawatan dan menubuhkan parti politik baharu, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pemimpin politik serta pemerhati terhadap implikasinya kepada masa depan politik negara dan blok reformasi.

Related Posts

PRN Johor: Abdul Karim tegaskan kehadiran Tiong King Sing tiada kaitan dengan GPS

KUCHING – Gabungan Parti Sarawak (GPS) menegaskan kehadiran Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing dalam sebuah majlis kempen politik di Johor baru-baru ini adalah atas kapasiti peribadi beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

SARATOK – Seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun ditahan selepas dipercayai memiliki dadah jenis syabu dalam Op Tapis Khas di sekitar Kabong pada Isnin. Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superintenden…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Abdul Karim tegaskan kehadiran Tiong King Sing tiada kaitan dengan GPS

PRN Johor: Abdul Karim tegaskan kehadiran Tiong King Sing tiada kaitan dengan GPS

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

13,000 Rohingya direkodkan di Kelantan, keselamatan negeri terkawal

13,000 Rohingya direkodkan di Kelantan, keselamatan negeri terkawal

324 pesara terima insentif khas RM4,000 daripada Kerajaan Negeri Perak

324 pesara terima insentif khas RM4,000 daripada Kerajaan Negeri Perak

Baucar Kita Selangor kembali 23 Jun, perluas manfaat kepada lebih ramai penerima

Baucar Kita Selangor kembali 23 Jun, perluas manfaat kepada lebih ramai penerima