Wakil rakyat PKR perlu hormat mandat

KUANTAN – Ahli Parlimen PKR diingatkan supaya sentiasa berpegang kepada mandat parti dalam melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat, kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh.

Beliau berkata, setiap wakil rakyat perlu mematuhi ketetapan parti serta membawa prinsip perjuangan yang telah diamanahkan kepada mereka.

“Mereka bukan saja berkhidmat untuk kawasan pilihan raya, tetapi mewakili parti dan seharusnya membawa prinsip perjuangan itu, bukannya mempromosikan parti lain,” katanya seperti dilapor Bernama.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan MADANI Mart, Cawangan Jalan Dato’ Wong Ah Jang, dekat sini, hari ini.

Fuziah yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup mengulas mengenai kehadiran beberapa Ahli Parlimen ke program anjuran kepimpinan parti lain serta siri jelajah dalaman baru-baru ini.

Beliau berkata, beberapa pemimpin telah ditugaskan untuk berhubung serta memberikan nasihat kepada Ahli Parlimen yang terlibat mengenai tanggungjawab mereka yang membawa mandat parti.

“Ini nasihat kepimpinan kepada mereka, setakat ini kita menghormati mereka sebagai Ahli Parlimen… bukan setakat berkhidmat kepada rakyat, tetapi wakil parti itu penting.

“Di Parlimen nanti nak undi dan sebagainya, harus berpegang dengan apa ditetapkan parti,” katanya.

Related Posts

PKR belum terima surat letak jawatan ahli Parlimen

PUTRAJAYA – PKR tidak menerima sebarang surat peletakan jawatan daripada mana-mana ahli Parlimen parti itu. Ia sekali gus, menepis spekulasi yang bertiup kencang mengenai dakwaan seorang wakil rakyat PKR bakal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DAP sahkan tanding PRN Sarawak, tawar suara alternatif semak dan imbang

KUCHING – Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak secara terbuka menjangkakan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bakal memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang dengan majoriti dua pertiga. Bagaimanapun, Ahli Parlimen Bandar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penyatuan utuh di bawah GPS jamin kemakmuran berterusan Bumi Kenyalang

Penyatuan utuh di bawah GPS jamin kemakmuran berterusan Bumi Kenyalang

PKR belum terima surat letak jawatan ahli Parlimen

PKR belum terima surat letak jawatan ahli Parlimen

DAP sahkan tanding PRN Sarawak, tawar suara alternatif semak dan imbang

DAP sahkan tanding PRN Sarawak, tawar suara alternatif semak dan imbang

Aduan sudah diangkat namun tiada tindakan selesai kes buli, salah guna kuasa di sekolah

Aduan sudah diangkat namun tiada tindakan selesai kes buli, salah guna kuasa di sekolah

Bapa kandung ditahan, dera fizikal dan ganggu seksual dua anak

Bapa kandung ditahan, dera fizikal dan ganggu seksual dua anak

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX