Veterinar Perak gagalkan cubaan seludup 101 kambing tanpa permit

BIDOR – Cubaan menyeludup 101 ekor kambing tanpa dokumen sah menggunakan lori bertutup kanvas gagal apabila kenderaan itu ditahan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perak dalam Ops Korban Tegas 2026 di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Ladang Bikam arah selatan, di sini awal pagi Khamis.

Dalam operasi kira-kira jam 3.30 pagi itu, sepasukan anggota penguat kuasa JPV berjaya mengesan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan sebelum pemeriksaan lanjut dilakukan terhadap muatan kenderaan terbabit.

Pengarah JPV Perak, Dr Saifullizam Abd Kadir berkata, pemandu lori dipercayai menggunakan taktik menutup keseluruhan bahagian belakang lori dengan kanvas bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Menurutnya, helah tersebut bagaimanapun tidak berhasil apabila pemeriksaan mendapati sebanyak 101 ekor kambing dipindahkan tanpa sebarang dokumen kebenaran yang sah.

“Modus operandi digunakan adalah dengan menutup keseluruhan bahagian belakang lori menggunakan kanvas bagi mengelakkan kegiatan dikesan penguat kuasa.

“Namun hasil pemeriksaan lanjut mendapati pemandu gagal mengemukakan dokumen pemindahan ternakan yang sah,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM15,000 jika sabit kesalahan.

Tambahnya, Ops Korban Tegas 2026 dilaksanakan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha bagi memperkukuh pemantauan serta membanteras aktiviti pemindahan ternakan secara haram tanpa permit sah.

Katanya, operasi berterusan itu juga penting dalam memastikan kawalan penyakit haiwan, kebajikan ternakan serta pematuhan terhadap peraturan pemindahan haiwan ternakan sentiasa dipatuhi pihak terlibat.

Foto: JPV Perak

Related Posts

Pekerja warga Indonesia dikhuatiri lemas terjatuh tongkang di Sungai Igan

MUKAH – Seorang pekerja warganegara Indonesia dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dari sebuah tongkang ke dalam sungai berhampiran kawasan pembinaan Jambatan Igan pada petang Sabtu. Mangsa yang dikenali sebagai Saiful…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belia Mukah dipersiapkan sebagai pelapis kepimpinan masa depan

MUKAH – Pembangunan mampan Sarawak tidak seharusnya bergantung kepada kemajuan infrastruktur fizikal semata-mata, sebaliknya menuntut kepada pemerkasaan generasi muda yang berilmu, berdisiplin dan berani memimpin. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Carrick berdepan tekanan, United hanya seri lawan Fulham

Carrick berdepan tekanan, United hanya seri lawan Fulham

Pekerja warga Indonesia dikhuatiri lemas terjatuh tongkang di Sungai Igan

Pekerja warga Indonesia dikhuatiri lemas terjatuh tongkang di Sungai Igan

Belia Mukah dipersiapkan sebagai pelapis kepimpinan masa depan

Belia Mukah dipersiapkan sebagai pelapis kepimpinan masa depan

City rampas puncak liga, tewaskan Sunderland 5-3

City rampas puncak liga, tewaskan Sunderland 5-3

Tuanku Muhriz tarik balik perkenan, batal semua pelantikan Exco

Tuanku Muhriz tarik balik perkenan, batal semua pelantikan Exco

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027