Nik Zawawi beri keterangan kepada JAHEAIK dakwaan hina sahabat Nabi

KOTA BHARU – Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh hari ini memberi keterangan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kenyataan yang dianggap menghina sahabat Nabi Muhammad SAW.

Ahli Parlimen Pasir Puteh itu tiba di pejabat Bahagian Penguatkuasaan JAHEAIK di Balai Islam Lundang kira-kira jam 10.40 pagi.

Beliau meluangkan kira-kira sejam memberi keterangan sebelum meninggalkan bangunan itu sekitar jam 11.40 pagi.

Nik Zawawi berkata, beliau dipanggil untuk membantu siasatan berhubung kenyataan yang dibuatnya semasa satu kuliah agama baru-baru ini.

“Selepas dipanggil pihak polis baru-baru ini, hari ini saya pula dipanggil JAHEAIK untuk memberi keterangan mengenai isu yang sama.

“Saya memberikan kerjasama penuh kepada mereka dan berharap perkara ini dapat diselesaikan,” katanya.

Mengulas kritikan berterusan daripada pihak tertentu walaupun beliau sudah membuat permohonan maaf secara terbuka sebelum ini, beliau berkata, pihak yang terus mengecamnya akan menanggung akibat daripada tindakan sendiri.

“Tidak mengapa. Mereka akan menanggung dosa sendiri kerana dosa saya akan dipindahkan kepada mereka,” katanya.

Difahamkan, siasatan JAHEAIK terhadap Nik Zawawi dijalankan di bawah Seksyen 7 Enakmen Kanun Jenayah Syariah kerana didakwa memutarbelitkan ajaran Islam.

Selain itu, siasatan turut melibatkan Seksyen 30 enakmen sama kerana mengeluarkan kata-kata yang boleh memecahkan keamanan awam, serta Seksyen 120 Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) kerana menghina agama.

Foto: Berita harian

Related Posts

Anwar sifatkan pemilihan Yasmeen Shariff ke CRC PBB satu kebanggaan buat negara

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Yasmeen Muhamad Shariff selepas beliau dipilih menganggotai Jawatankuasa Hak Kanak-Kanak (CRC) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi penggal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Amuk pekerja asing mabuk, polis bantuan parah ditetak di leher

MUKAH – Tindakan seorang pekerja asing mengamuk di sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Sebakong memakan diri apabila dia ditahan kerana menetak leher anggota polis bantuan pada Rabu. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Parlimen bakal main peranan lebih besar, semak calon Pendakwa Raya melalui JKPKP

Parlimen bakal main peranan lebih besar, semak calon Pendakwa Raya melalui JKPKP

Anwar sifatkan pemilihan Yasmeen Shariff ke CRC PBB satu kebanggaan buat negara

Anwar sifatkan pemilihan Yasmeen Shariff ke CRC PBB satu kebanggaan buat negara

Amuk pekerja asing mabuk, polis bantuan parah ditetak di leher

Amuk pekerja asing mabuk, polis bantuan parah ditetak di leher

NACCOL dan pelbagai agensi aktif tangani kos sara hidup rakyat

NACCOL dan pelbagai agensi aktif tangani kos sara hidup rakyat

UMNO dikawal Istana punca Puad Zarkashi keluar parti

UMNO dikawal Istana punca Puad Zarkashi keluar parti

Pemaju dikompaun RM125,000 gagal adakan Mesyuarat Agung Tahunan Pertama

Pemaju dikompaun RM125,000 gagal adakan Mesyuarat Agung Tahunan Pertama