Tanggungjawab pemimpin jaga tutur kata, elak cetus kontroversi

KUANTAN – Semua ahli politik wajar menggunakan pendekatan lebih cermat dan berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan, terutamanya membabitkan isu sensitif.

Ini termasuklah kenyataan terbuka yang menyentuh institusi Raja-Raja Melayu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Lantikan) Pahang, Datuk Ahmad Irshadi Abdullah berkata, tindakan seperti mempersoalkan peranan Rukun Negara dalam menjaga keharmonian rakyat berbilang bangsa dan agama sepatutnya tidak berlaku.

“Ia satu langkah atau tindakan kurang bijak, mungkin juga kita boleh katakan sebagai tidak bertanggungjawab dan biadab.

“Paling dibimbangkan perbuatan seumpama itu boleh mencetuskan salah faham dan kekeliruan dalam kalangan rakyat.

“Satu bentuk tindakan tegas perlu diambil terhadap mana-mana pihak yang membuat kenyataan menyentuh atau mempertikaikan prinsip yang jelas terkandung dalam Rukun Negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan dibuat bekas pemimpin DAP, Tony Pua.

Tony sebelum ini dilaporkan berkata, Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan kuasa raja berbeza sedikit mengikut negeri.

“Namun secara umumnya, kuasa raja adalah terhad kepada aspek-aspek tertentu seperti adat Melayu, Islam dan peranan perlembagaan seperti pelantikan Menteri Besar serta perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri.

“Rakyat Malaysia tidak hidup dalam sistem di mana raja boleh mengeluarkan titah yang mengikat dan menggubal semua aspek kehidupan rakyat,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook yang kemudiannya tular dan mendapat pelbagai reaksi daripada pemimpin kerajaan serta pembangkang.

Hantaran bekas Ahli Parlimen Damansara itu dipercayai merujuk kepada teguran dibuat Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang bertitah menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco DAP, Ronnie Liu datang seminggu sekali ke Dataran Selangor untuk memahami dah menghayati makna Rukun Negara.

Titah baginda, ia supaya mereka menjadi rakyat yang tahu untuk hormat kepada kedaulatan Institusi Raja dan menjaga adab kesopanan dan kesusilaan.

Mengulas lanjut, Ahmad Irshadi memaklumkan, sebagai pemimpin senior daripada DAP, Tony seharusnya lebih memahami sensitiviti masyarakat serta kedudukan institusi Raja-Raja Melayu dalam sistem negara.

“Memandangkan dia adalah ahli DAP, maka sewajarnya dan amat molek jika DAP mengambil tindakan disiplin terhadap Tony sebagai pengajaran agar tindakan seperti itu tidak berulang.

“Saranan Tuanku Sultan Selangor supaya rakyat memahami Rukun Negara dan Perlembagaan Malaysia perlu diterima dengan hati terbuka, demi kestabilan dan keharmonian negara,” jelasnya.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula