Keluar PKR, titik kejatuhan politik Rafizi, Nik Nazmi?

KOTA KINABALU – Tindakan Datuk Seri Rafizi Ramli bersama Nik Nazmi Nik Ahmad keluar daripada PKR dan mengambil alih Parti Bersama Malaysia disifatkan mampu memberi implikasi besar terhadap masa depan politik kedua-dua pemimpin terbabit.

Penyelidik Unit Kajian Elektoral dan Geopolitik Borneo (GEOPES), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan penganalisis politik Sabah, Profesor Madya Dr Syahruddin Awang Ahmad berkata, keputusan tersebut berpotensi menjadi titik permulaan kepada kejatuhan pengaruh politik Rafizi dan Nik Nazmi sekiranya gagal mengekalkan keyakinan penyokong serta akar umbi.

“Kedua-dua pemimpin ini berdepan implikasi undang-undang dan kewangan termasuk kemungkinan tuntutan bon RM10 juta seperti yang didakwa termaktub dalam akujanji mereka selaku Ahli Parlimen PKR.

“Tindakan keluar parti ini bukan sahaja memberi tekanan kepada kedudukan politik mereka, malah boleh mencetuskan implikasi kewangan dan perundangan yang besar.

“Beban politik dan kewangan yang terhasil daripada keputusan tersebut mampu memberi kesan jangka panjang terhadap perjalanan karier mereka,” ujarnya semasa dihubungi oleh The Malaysia Press, pada Selasa.

Tambah Syahruddin, tindakan berkenaan turut berisiko menjejaskan sokongan rakyat di kawasan yang diwakili mereka iaitu Pandan dan Setiawangsa.

“Sebahagian pengundi mungkin melihat perubahan haluan politik itu sebagai pengkhianatan terhadap mandat yang diberikan atas tiket PKR sebelum ini.

“Pengundi yang dahulu memberikan kepercayaan penuh kini berpotensi berasa kecewa dan keliru dengan tindakan tersebut.

“Impak psikologi ini boleh menyebabkan sokongan masyarakat setempat menjadi tawar sekali gus menjejaskan pengaruh politik mereka di kawasan masing-masing,” kongsinya.

Dalam pada itu, Profesor Madya Perhubungan Awam Kerajaan itu juga berpandangan, langkah mengambil alih Parti Bersama Malaysia juga belum tentu mampu menjamin kelangsungan pengaruh politik kedua-dua pemimpin tersebut.

“Pembentukan wadah politik baharu memerlukan kekuatan akar umbi, sumber kewangan dan keyakinan rakyat yang kukuh untuk terus relevan dalam landskap politik semasa.

“Segala cabaran dalam wadah politik berbeza hanya akan menenggelamkan pengaruh mereka dan merugikan potensi kepimpinan muda yang sebelum ini dilihat mampu menjadi pelapis dinamik negara,” jelasnya.

Tambah Sharuddin, sebagai bekas pemimpin kanan PKR, Rafizi sepatutnya membuat keputusan secara rasional dan berlandaskan kepentingan perjuangan politik, bukannya bertindak mengikut emosi atau kekecewaan peribadi.

“Kebijaksanaan seorang tokoh reformis diuji melalui kesabaran dan kematangan ketika berdepan tekanan politik, bukannya dengan membuat keputusan yang terlalu dipengaruhi emosi.

“Keputusan seperti ini boleh memadamkan legasi dan sumbangan politik yang pernah dibina sebelum ini,” katanya.

Tambahnya lagi, kesan paling besar daripada tindakan itu ialah kemungkinan terhakisnya masa depan politik Rafizi dan Nik Nazmi sebagai pemimpin pelapis nasional.

“Kehilangan sokongan akar umbi yang selama ini membina kerjaya politik mereka boleh menyebabkan kedudukan politik kedua-duanya menjadi statik malah lumpuh sekiranya gagal mendapat dukungan kukuh daripada parti baharu.

“Selain itu, persepsi negatif masyarakat terhadap integriti dan konsistensi perjuangan mereka juga boleh menjejaskan reputasi politik yang dibina selama ini,” katanya.

Terdahulu, pada 17 Mei lepas, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan peletakan jawatan masing-masing sebagai Ahli Parlimen berkuat kuasa Isnin dalam Majlis Pengumuman Hala Tuju Politik Rafizi dan Nik Nazmi.

Bekas Timbalan Presiden PKR dan bekas Naib Presiden PKR tersebut turut mengumumkan keluar daripada parti berkenaan berkuat kuasa Selasa, melalui surat kepada Setiausaha Agung PKR.

Dalam pengumuman tersebut, kedua-dua mereka turut mengambil alih Parti Bersama Malaysia sebagai platform politik baharu.

Related Posts

Nik Zawawi beri keterangan kepada JAHEAIK dakwaan hina sahabat Nabi

KOTA BHARU – Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh hari ini memberi keterangan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kenyataan yang dianggap menghina…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRK Pandan, Setiawangsa tidak akan dilaksana – SPR

PUTRAJAYA – Tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan diadakan bagi kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa selepas kedua-duanya diisytiharkan kosong. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suntikan hampir RM17 bilion rancakkan pembangunan ekonomi Sarawak – Douglas Uggah

Suntikan hampir RM17 bilion rancakkan pembangunan ekonomi Sarawak – Douglas Uggah

IGMS sokong penuh Stadium Negeri dinamakan sempena Mohamad Taha

IGMS sokong penuh Stadium Negeri dinamakan sempena Mohamad Taha

Nik Zawawi beri keterangan kepada JAHEAIK dakwaan hina sahabat Nabi

Nik Zawawi beri keterangan kepada JAHEAIK dakwaan hina sahabat Nabi

JPPM tahan lapan individu terbabit pertubuhan awam

JPPM tahan lapan individu terbabit pertubuhan awam

Lelaki kantoi guna MyKad orang lain beli petrol bersubsidi

Lelaki kantoi guna MyKad orang lain beli petrol bersubsidi

PRK Pandan, Setiawangsa tidak akan dilaksana – SPR

PRK Pandan, Setiawangsa tidak akan dilaksana – SPR