Wanita PKR kekal stabil, persiapan PRU tidak terjejas – Juwairiya

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Wanita PKR Pusat, Juwairiya Zulkifli menegaskan situasi beberapa pimpinan Wanita PKR yang dilihat berbalik arah susulan pengumuman penubuhan parti baharu oleh bekas Timbalan Presiden PKR tidak memberi kesan besar kepada kestabilan parti di peringkat akar umbi.

Menurut beliau, perkembangan tersebut turut berlaku di beberapa cabang serta melibatkan sayap Angkatan Muda Keadilan (AMK), namun keadaan masih terkawal dan tidak sebesar krisis yang pernah berlaku ketika episod Langkah Sheraton sebelum ini.

“Situasi ini berlaku di peringkat cabang dan AMK juga, namun tidak begitu besar berbanding situasi semasa Langkah Sheraton pada tahun 2021 yang lalu. Masih terkawal dan kita pastikan struktur cabang wanita kekal stabil,” katanya ketika ditemu bual mengenai perkembangan semasa parti.

Mengulas mengenai kemungkinan gangguan terhadap persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, Juwairiyya berkata, gerak kerja Wanita PKR berjalan seperti biasa dan tidak terkesan secara signifikan.

Beliau berkata, jumlah pimpinan wanita di peringkat cabang yang terjejas adalah kecil dan tidak menjejaskan keseluruhan perancangan parti untuk menghadapi pilihan raya.

“Tidak mengganggu perancangan dan persiapan ke arah pilihan raya kerana tidak begitu signifikan jumlah wanita cabang yang terjejas. Kita masih teruskan dengan gerak kerja lapangan dan program latihan pilihan raya yang akan difokuskan kepada tiga negeri selatan terlebih dahulu iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan peranan besar sayap Wanita PKR dalam memperkukuhkan persediaan parti menjelang PRU terutama melibatkan gerak kerja akar umbi dan pembangunan kepimpinan wanita.

Menurut beliau, pihak Jawatankuasa Pilihan Raya Wanita Pusat (JPRWP) kini sedang mengenal pasti serta mengumpulkan data calon wanita berpotensi untuk diketengahkan sebagai pelapis kepimpinan parti.

“Sudah tentu sayap Wanita PKR memainkan peranan yang besar dalam persediaan PRU terutama di peringkat akar umbi dan kerja lapangan. Di peringkat JPRWP kita telah mengumpulkan data calon-calon berpotensi untuk diketengahkan serta yang perlu diberi latihan untuk mempersiapkan parti dengan pelapis kepimpinan wanita.

“Insya-Allah saya yakin PKR tidak ketandusan pimpinan wanita pada masa hadapan,” katanya.

Mengulas mengenai sasaran kuota 30 peratus calon wanita dalam PRU akan datang, beliau optimis sasaran tersebut mampu dicapai menerusi proses latihan, pengkaderan serta pengukuhan kepimpinan wanita yang sedang dilaksanakan secara berterusan oleh parti.

Related Posts

Jangan salahkan DAP untuk halalkan kesalahan pemimpin Melayu – Ibrahim Ali

PUTRAJAYA – Kesalahan dan kelemahan pemimpin Melayu tidak boleh dihalalkan dengan menjadikan DAP sebagai alasan, kata Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Dr Ibrahim Ali. Beliau berkata, walaupun DAP…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fadhlina arah siasatan dalaman segera, isu buli dan perkauman dipandang serius

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) menyelesaikan siasatan dalaman berhubung pemergian seorang pelajar di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan salahkan DAP untuk halalkan kesalahan pemimpin Melayu – Ibrahim Ali

Jangan salahkan DAP untuk halalkan kesalahan pemimpin Melayu – Ibrahim Ali

Pendekatan mesra pelabur, persekitaran kondusif dorong Google pilih Selangor

Pendekatan mesra pelabur, persekitaran kondusif dorong Google pilih Selangor

Fadhlina arah siasatan dalaman segera, isu buli dan perkauman dipandang serius

Fadhlina arah siasatan dalaman segera, isu buli dan perkauman dipandang serius

Projek bina semula bangunan daif siap 310 hari lebih awal

Projek bina semula bangunan daif siap 310 hari lebih awal

Hantar sampel darah guna dron lebih jimat masa

Hantar sampel darah guna dron lebih jimat masa

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu