Subsidi petrol bersasar perlu dilaksana segera demi kestabilan fiskal negara

KOTA KINABALU – Cadangan semakan semula subsidi petrol bersasar khususnya melibatkan golongan berpendapatan tinggi dilihat sebagai langkah penting bagi memastikan kedudukan fiskal negara lebih mampan dan berdaya tahan dalam mendepani cabaran ekonomi semasa.

Felo Penyelidik, Pusat Pembangunan dan Perancangan Ekonomi Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Dr Caroline Geetha B Arokiadasan berkata, subsidi merupakan bantuan kewangan yang bertujuan mengurangkan kos sara hidup rakyat serta meningkatkan kebajikan pengguna dan pengeluar.

Menurutnya, selama ini kerajaan melaksanakan subsidi secara menyeluruh tanpa mengira kategori pendapatan rakyat sama ada B40, M40 mahupun T20.

Namun, peningkatan perbelanjaan kerajaan dan tekanan ekonomi global menyebabkan pendekatan tersebut tidak lagi sesuai untuk diteruskan dalam jangka masa panjang.

“Pengubahsuaian perlu dilakukan kerana keadaan ekonomi semasa menuntut kerajaan melaksanakan perbelanjaan secara lebih berhemah dan bersasar.

“Fokus utama ketika ini bukan lagi sama ada subsidi perlu diberikan atau tidak, sebaliknya menentukan kumpulan yang benar-benar layak menerima bantuan tersebut.

“Golongan T20 dikenal pasti menggunakan hampir 40 hingga 50 peratus daripada subsidi petrol negara, sekali gus memberi tekanan besar terhadap perbelanjaan kerajaan,” jelasnya dalam satu kenyataan media, pada Rabu.

Tambah Geetha, pelaksanaan sistem kuota atau tier pricing system berupaya membantu kerajaan mengurangkan beban kewangan serta memperkukuh kedudukan fiskal negara ke arah lebih lestari.

“Antara cabaran utama pelaksanaan subsidi bersasar ialah memastikan data pendapatan rakyat sentiasa tepat dan dikemas kini bagi mengelakkan keciciran penerima yang layak.

“Keperluan mewujudkan mekanisme pengagihan subsidi yang telus, berintegriti dan mempunyai tahap akauntabiliti tinggi perlu ditekankan selain memperkukuh sistem sokongan seperti pengangkutan awam supaya rakyat mempunyai alternatif selain penggunaan kenderaan persendirian,” ujarnya.

Mengulas mengenai kesan terhadap kos sara hidup rakyat, Caroline Geetha berkata, sebarang reformasi ekonomi lazimnya akan mewujudkan kejutan awal kepada masyarakat sebelum keadaan kembali stabil.

“Rakyat dijangka akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dasar sebagaimana yang berlaku ketika pandemik COVID-19 sebelum ini.

“Pada peringkat awal memang wujud ketidakseimbangan kerana rakyat perlu keluar daripada zon selesa, namun akhirnya masyarakat akan dapat menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut,” katanya.

Tambahnya, reformasi subsidi yang lebih tepat juga mampu mengelakkan kerajaan daripada terus meningkatkan cukai atau menambah hutang negara bagi menampung perbelanjaan semasa.

“Peningkatan hutang kerajaan akan memberi implikasi besar kepada generasi masa depan selain mengurangkan keupayaan negara menyalurkan dana kepada sektor penting seperti pendidikan, kesihatan dan pembangunan infrastruktur.

“Pelaksanaan subsidi bersasar juga mampu mengubah pola penggunaan rakyat ke arah lebih berhemah termasuk amalan berkongsi kenderaan, menggunakan pengangkutan awam dan mengurangkan perjalanan tidak perlu.

“Reformasi subsidi merupakan langkah yang perlu dilaksanakan segera bagi memastikan kelestarian kewangan negara serta memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia pada masa hadapan,” kongsinya.

Related Posts

Nik Zawawi beri keterangan kepada JAHEAIK dakwaan hina sahabat Nabi

KOTA BHARU – Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh hari ini memberi keterangan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kenyataan yang dianggap menghina…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRK Pandan, Setiawangsa tidak akan dilaksana – SPR

PUTRAJAYA – Tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan diadakan bagi kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa selepas kedua-duanya diisytiharkan kosong. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suntikan hampir RM17 bilion rancakkan pembangunan ekonomi Sarawak – Douglas Uggah

Suntikan hampir RM17 bilion rancakkan pembangunan ekonomi Sarawak – Douglas Uggah

IGMS sokong penuh Stadium Negeri dinamakan sempena Mohamad Taha

IGMS sokong penuh Stadium Negeri dinamakan sempena Mohamad Taha

Nik Zawawi beri keterangan kepada JAHEAIK dakwaan hina sahabat Nabi

Nik Zawawi beri keterangan kepada JAHEAIK dakwaan hina sahabat Nabi

JPPM tahan lapan individu terbabit pertubuhan awam

JPPM tahan lapan individu terbabit pertubuhan awam

Lelaki kantoi guna MyKad orang lain beli petrol bersubsidi

Lelaki kantoi guna MyKad orang lain beli petrol bersubsidi

PRK Pandan, Setiawangsa tidak akan dilaksana – SPR

PRK Pandan, Setiawangsa tidak akan dilaksana – SPR