PKR Sarawak sifatkan tindakan Rafizi kosongkan kerusi Pandan khianati mandat rakyat

KUCHING – Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sarawak mengecam tindakan bekas Timbalan Presiden, Rafizi Ramli yang mengosongkan kerusi Parlimen Pandan kerana disifatkan mengkhianati mandat rakyat demi kepentingan politik peribadi.

Setiausaha MPN PKR Sarawak, Mahmud Epah berkata, tindakan tersebut bukan sahaja mengecewakan penyokong parti, malah mencemarkan kepercayaan yang diberikan pengundi pada Pilihan Raya Umum lalu.

Menurut beliau, alasan “misi kamikaze” yang digunakan Rafizi untuk mempertahankan tindakannya meninggalkan parti dan menyertai wadah politik baharu menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab terhadap amanah rakyat.

“Mandat rakyat bukan sesuatu yang boleh dipermainkan sesuka hati hanya kerana cita-cita politik tertentu tidak tercapai.

“Pengundi memilih wakil rakyat untuk berkhidmat sehingga tamat penggal, bukannya mengosongkan kerusi apabila berlaku perbezaan atau kegagalan dalam parti,” katanya dalam kenyataan, baru-baru ini.

Mahmud berkata, tindakan meninggalkan kerusi Parlimen di tengah penggal turut dianggap sebagai penghinaan terhadap sistem demokrasi negara.

Beliau mempersoalkan kewibawaan pemimpin yang sanggup mengetepikan tanggungjawab kepada rakyat demi agenda politik sendiri.

“Bagaimana rakyat mahu meletakkan harapan kepada pemimpin yang sanggup mengkhianati mandat diberikan semata-mata untuk kepentingan peribadi,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, tindakan berkenaan berlaku ketika rakyat sedang berdepan cabaran ekonomi serta peningkatan kos sara hidup yang memerlukan perhatian serius wakil rakyat.

Katanya, keutamaan seharusnya diberikan kepada usaha membela kebajikan rakyat dan bukannya mencetuskan polemik politik baharu.

Mahmud turut menegaskan bahawa tindakan Rafizi tidak akan menjejaskan kekuatan jentera PKR Sarawak yang kekal berdiri teguh di bawah pimpinan Presiden parti serta Majlis Pimpinan Pusat.

Menurutnya, PKR Sarawak akan terus memberi fokus kepada perjuangan hak-hak Malaysia Agreement 1963 (MA63) dan kebajikan rakyat di negeri itu.

Pada Selasa, Rafizi Ramli bersama bekas Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan pengosongan kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa berkuat kuasa hari ini.

Kedua-dua mereka turut mengesahkan keluar daripada PKR dan dijangka menyertai Parti Bersama Malaysia.

Sumber: MalaysiaGazette

Related Posts

Parti baharu Rafizi dilihat berisiko ulangi kegagalan lama — Ahmad Nazri

KEMAMAN— Penubuhan parti baharu yang dikaitkan dengan bekas Timbalan Presiden, Rafizi Ramli dilihat tidak menawarkan penyelesaian baharu kepada landskap politik negara, sebaliknya berpotensi mengulangi pola lama yang pernah mencetuskan ketidakstabilan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRU16 mungkin diadakan lebih awal, rakyat diseru tolak politik toksik

KUCHING – Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) dijangka mungkin diadakan lebih awal berbanding Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak susulan ketidaktentuan dan pergolakan landskap politik yang melanda negara ketika ini. Sehubungan itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Naik taraf rumah pengebumian Cina Jalan Feeder tingkat kemudahan komuniti

Naik taraf rumah pengebumian Cina Jalan Feeder tingkat kemudahan komuniti

PKR Sarawak sifatkan tindakan Rafizi kosongkan kerusi Pandan khianati mandat rakyat

PKR Sarawak sifatkan tindakan Rafizi kosongkan kerusi Pandan khianati mandat rakyat

Kapal tunda, dua tongkang ditahan langgar Ordinan Perkapalan Saudagar

Kapal tunda, dua tongkang ditahan langgar Ordinan Perkapalan Saudagar

Pegawai kanan Jabatan Siasatan Jenayah Selangor maut terjatuh dari apartmen

Pegawai kanan Jabatan Siasatan Jenayah Selangor maut terjatuh dari apartmen

AI MyMahir gilap kemahiran digital, belia Sekijang disaran rebut peluang

AI MyMahir gilap kemahiran digital, belia Sekijang disaran rebut peluang

Perak tarik pelaburan hijau China, pacu gelombang baharu ekonomi lestari

Perak tarik pelaburan hijau China, pacu gelombang baharu ekonomi lestari