Perak tarik pelaburan hijau China, pacu gelombang baharu ekonomi lestari

IPOH – Perak terus mengorak langkah agresif dalam agenda ekonomi hijau apabila berjaya menarik potensi pelaburan dari China bernilai antara RM180 juta hingga RM200 juta menerusi pembangunan projek tenaga baharu berkonsepkan ‘Floating Aqua-Voltaic’ di Tanjung Tualang, di sini.

Pelaburan berimpak tinggi itu dijangka menjadi pemangkin baharu pertumbuhan ekonomi negeri sekali gus mengukuhkan kedudukan Perak sebagai hab strategik tenaga hijau dan teknologi mampan di negara ini.

Perkembangan positif tersebut dicapai hasil misi perdagangan dan pelaburan Kerajaan Negeri Perak ke China yang diketuai Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, menerusi kerjasama strategik antara Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) dan Shuifa Energy Group Co Ltd.

Kemuncak misi berkenaan menyaksikan pemeteraian Memorandum Kerjasama Strategik (MoC) antara anak syarikat Perak SADC, Perak Agro Properties Sdn Bhd dan syarikat tenaga utama China itu bagi meneroka pembangunan projek solar terapung berasaskan konsep “Floating Aqua-Voltaic”.

Projek berkapasiti 30 megawatt puncak (MWp) itu bakal dibangunkan secara berfasa dalam tempoh tiga tahun melibatkan kawasan seluas kira-kira 260 ekar di Tanjung Tualang dengan menggabungkan teknologi tenaga solar terapung dan aktiviti akuakultur mampan.

Pendekatan inovatif tersebut bukan sahaja mengoptimumkan penggunaan kawasan kolam dan bekas lombong, malah selari dengan agenda pembangunan rendah karbon serta kelestarian ekonomi negeri.

Menurut Saarani, minat pelaburan yang ditunjukkan Shuifa Energy Group menjadi petunjuk jelas bahawa Perak kekal diyakini pelabur antarabangsa walaupun dunia sedang berdepan ketidaktentuan ekonomi global.

“Pertemuan ini memberikan indikasi yang sangat baik apabila syarikat terbabit menyatakan minat untuk melabur antara RM180 juta hingga RM200 juta bagi pelaksanaan projek tenaga baharu berkonsepkan Floating Aqua-Voltaic di Negeri Perak.

“Inisiatif ini bukan sahaja mengukuhkan agenda tenaga hijau negeri, malah membuka ruang kepada pelaburan berimpak tinggi, pemindahan teknologi serta manfaat ekonomi kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kerajaan negeri komited memperluas jaringan kerjasama antarabangsa dan terus membawa masuk pelaburan strategik yang mampu menjana peluang pekerjaan berkualiti, merangsang pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan daya saing Perak di peringkat global.

Katanya, memorandum kerjasama itu turut merangkumi kajian menyeluruh melibatkan aspek teknikal, komersial, undang-undang dan kawal selia bagi menilai daya maju projek termasuk struktur pelaksanaan, model kerjasama, keperluan kelulusan serta impak kepada komuniti setempat.

“Dalam keadaan ekonomi global yang mencabar, kita perlu terus bergerak dan berikhtiar memastikan Perak kekal berdaya tahan serta terus diyakini sebagai destinasi pelaburan yang berpotensi,” katanya.

Selain membuka ruang kepada pelaburan dan pemindahan teknologi, kerjasama tersebut turut dijangka memperkukuh pembangunan tenaga boleh baharu negeri serta mempercepat transformasi Perak ke arah ekonomi hijau yang lebih mampan dan berdaya saing.

Related Posts

Ajaran Yudha Al Fikri sesat dan menyeleweng- Mufti Kedah.

ALOR SETAR – Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bersidang pada 10 Mei lalu memutuskan ajaran dan fahaman yang dibawa oleh seorang lelaki warga Indonesia, Muhamad Yudha Al Fikri, adalah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DOSM: Harga bahan binaan terus naik, besi dan pasir catat kenaikan pada Mei

PUTRAJAYA – Harga beberapa bahan binaan utama di negara ini terus menunjukkan peningkatan pada Mei 2026, dengan indeks harga seunit besi, pasir, batu baur dan simen masing-masing mencatatkan kenaikan berbanding…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ajaran Yudha Al Fikri sesat dan menyeleweng- Mufti Kedah.

Ajaran Yudha Al Fikri sesat dan menyeleweng- Mufti Kedah.

DOSM: Harga bahan binaan terus naik, besi dan pasir catat kenaikan pada Mei

DOSM: Harga bahan binaan terus naik, besi dan pasir catat kenaikan pada Mei

Polis Sabah tumpaskan sindiket dadah, rampas syabu hampir RM8 juta

Polis Sabah tumpaskan sindiket dadah, rampas syabu hampir RM8 juta

Ibu bapa main peranan pelaksanaan kawalan media sosial bawah 16 tahun

Ibu bapa main peranan pelaksanaan kawalan media sosial bawah 16 tahun

Sarawak sasar lahir tenaga kerja pakar teknologi AI

Sarawak sasar lahir tenaga kerja pakar teknologi AI

Pendidikan bukan sekadar kejar kecemerlangan akademik – Raja Perlis

Pendidikan bukan sekadar kejar kecemerlangan akademik – Raja Perlis