Pegawai kanan Jabatan Siasatan Jenayah Selangor maut terjatuh dari apartmen

SHAH ALAM – Seorang pegawai kanan polis maut dipercayai terjatuh dari sebuah apartmen di Vista Alam, Seksyen 14 di sini, hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya mengesahkan kematian pegawai lelaki dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor itu selepas menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

“Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam menerima maklumat kejadian tersebut pada jam kira-kira 3.07 pagi.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya, seperti dilapor Sinar Harian.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu hasil bedah siasat.

“Polis Selangor turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa atas kejadian yang berlaku.

“Orang ramai diminta tidak menyebarkan sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” katanya.

Related Posts

Op Hazard serbu stor e-waste haram, 11 warga asing diberkas

SEBERANG PERAI – Polis membongkar sebuah premis yang dipercayai menjalankan aktiviti penyimpanan dan pemprosesan sisa elektronik (e-waste) secara haram menerusi Op Hazard di Lorong Pengkalan Indah, Bukit Tengah di sini,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah sasar hab tenaga hijau serantau, rancang agenda Beyond SMJ 2.0

KOTA KINABALU – Sabah berpotensi menjadi hab tenaga hijau serantau menerusi pembangunan Ocean Thermal Energy Conversion (OTEC) di bawah agenda Blue Economy, sekali gus menyokong hala tuju pembangunan jangka panjang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Op Hazard serbu stor e-waste haram, 11 warga asing diberkas

Op Hazard serbu stor e-waste haram, 11 warga asing diberkas

Sabah sasar hab tenaga hijau serantau, rancang agenda Beyond SMJ 2.0

Sabah sasar hab tenaga hijau serantau, rancang agenda Beyond SMJ 2.0

Sabah percepat reformasi pentadbiran, kerjasama Persekutuan-Negeri demi lonjak pembangunan SMJ 2.0

Sabah percepat reformasi pentadbiran, kerjasama Persekutuan-Negeri demi lonjak pembangunan SMJ 2.0

Persidangan ICRTH 2026 angkat Miri destinasi pelancongan dunia

Persidangan ICRTH 2026 angkat Miri destinasi pelancongan dunia

Soon Koh bidas Dr Sim umum calon DUN Bawang Assan

Soon Koh bidas Dr Sim umum calon DUN Bawang Assan

Sarawak perkukuh pelancongan bertanggungjawab pacu pembangunan mampan

Sarawak perkukuh pelancongan bertanggungjawab pacu pembangunan mampan