AI MyMahir gilap kemahiran digital, belia Sekijang disaran rebut peluang

SEKIJANG – Ahli Parlimen Sekijang, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa menegaskan bahawa masyarakat khususnya anak muda di Sekijang tidak boleh ketinggalan dalam arus kecerdasan buatan (AI) yang kini menjadi pemacu utama perubahan dalam dunia pekerjaan dan ekonomi digital.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Jelajah AI MyMahir Parlimen Sekijang bersama TalentCorp yang berlangsung di TAR UMT Cawangan Johor, Segamat, sebagai usaha memperkasakan pengetahuan dan kemahiran masyarakat terhadap teknologi baharu.

Menurut beliau, perkembangan dunia hari ini berlaku terlalu pantas dan AI bukan lagi sekadar teknologi masa depan, sebaliknya telah menjadi sebahagian penting dalam kehidupan seharian serta industri pekerjaan semasa.

Katanya, individu yang cepat menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi akan mempunyai kelebihan untuk memimpin masa depan dan merebut peluang dalam ekonomi digital yang semakin berkembang.

“AI bukan lagi teknologi masa depan, tetapi sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan dan dunia pekerjaan hari ini. Siapa yang cepat belajar dan menyesuaikan diri, dialah yang akan memimpin masa depan,” katanya.

Dr Zaliha turut menekankan bahawa belia di Sekijang tidak seharusnya hanya menjadi pengguna teknologi, sebaliknya perlu dibentuk sebagai pencipta peluang, pemain industri serta bakat digital yang mampu bersaing di peringkat lebih tinggi.

Beliau berkata, program seperti AI MyMahir membuka ruang kepada golongan belia, graduan serta masyarakat setempat untuk memahami teknologi AI, menambah kemahiran baharu dan menyesuaikan diri dengan perubahan landskap pekerjaan yang semakin mencabar.

Tambah beliau, pendekatan pembangunan bakat digital ini penting agar Sekijang tidak tercicir dalam arus pemodenan negara serta mampu melahirkan tenaga kerja yang relevan dan kompetitif.

“Ancaman sebenar bukan AI menggantikan manusia, tetapi manusia yang mahir menggunakan AI akan menggantikan mereka yang menolak perubahan,” ujarnya.

Beliau berharap inisiatif seperti ini dapat diteruskan bagi memastikan lebih ramai warga Sekijang bersedia mendepani cabaran teknologi serta menjadi sebahagian daripada ekosistem ekonomi digital negara.

Dalam masa sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada TalentCorp dan semua peserta yang hadir kerana melaburkan masa dan komitmen demi membina masa depan yang lebih baik untuk komuniti setempat.

Related Posts

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

IPOH – Perak menjadi kerajaan negeri pertama di negara ini melancarkan Kios Kesihatan Pintar SIHAT AI, inisiatif berteraskan kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh pengesanan awal penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

ALOR SETAR – Tiga sekeluarga termasuk dua pengarah syarikat pengeluar dan pemproses padi serta beras ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

Asnaf sekitar Jengka terima Bakti Negeri Pahang

Asnaf sekitar Jengka terima Bakti Negeri Pahang

Op Hazard serbu stor e-waste haram, 11 warga asing diberkas

Op Hazard serbu stor e-waste haram, 11 warga asing diberkas

Sabah sasar hab tenaga hijau serantau, rancang agenda Beyond SMJ 2.0

Sabah sasar hab tenaga hijau serantau, rancang agenda Beyond SMJ 2.0