Pulau Pinang bersedia hadapi pilihan raya – Kon Yeow

GEORGE TOWN – Pulau Pinang bersedia pada tahap 75 peratus untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) namun tahap kesiapsiagaan tersebut masih tertakluk kepada keputusan serta hala tuju yang akan dimuktamadkan oleh kepimpinan pusat.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, Pulau Pinang sentiasa berada dalam keadaan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk jika berlaku pilihan raya lebih awal.

“Tidak ada masa yang benar-benar sesuai atau tidak sesuai. Apabila Dewan dibubarkan maka ketika itu kita perlu bersedia sepenuhnya.

“Setakat ini, kita menilai tahap kesiapsiagaan sekitar 75 peratus. Itu penilaian realistik kita, bukan 100 peratus tetapi cukup bersedia jika pilihan raya berlaku pada bila-bila masa,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya hari ini.

Kon Yeow yang juga Pengerusi PH Pulau Pinang berkata demikian ketika ditanya mengenai tahap kesiapsiagaan kerajaan negeri untuk menghadapi PRU16.

Mengulas mengenai kenyataan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kemungkinan corak kerjasama dan pertindihan kerusi di beberapa negeri, Kon Yeow berkata, ia tidak boleh ditafsir secara menyeluruh tanpa mengambil kira konteks negeri tertentu.

“Kenyataan tersebut lebih tertumpu kepada perkembangan di Johor dan Negeri Sembilan khususnya berkaitan kemungkinan parti komponen mengambil pendekatan bertanding secara solo di kawasan tertentu,” ujarnya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kenyataan Anwar yang memberi gambaran bahawa PH akan bergerak solo di Pulau Pinang atau mengekalkan kerjasama dengan BN pada PRU16, Kon Yeow berkata, kenyataan itu lebih memfokuskan kepada Johor dan Negeri Sembilan.

“Kalau kita dengar dengan teliti apa yang disebut oleh Perdana Menteri, fokusnya adalah kepada Johor dan Negeri Sembilan. Sekiranya ada parti seperti Barisan Nasional (BN) bergerak sendiri di Johor maka ia memberi implikasi kepada bentuk kerjasama di negeri berkenaan.

“Begitu juga di Negeri Sembilan, ada perkembangan yang menyebabkan PH mempertimbangkan kemungkinan bertanding di semua kerusi. Namun untuk negeri-negeri lain, perkara itu masih terbuka dan bergantung kepada situasi semasa,” katanya.

Tambah beliau, sebarang keputusan muktamad berhubung strategi pilihan raya akan ditentukan di peringkat kepimpinan nasional dan semua negeri perlu akur serta selari dengan keputusan yang dibuat.

Dalam masa sama, Kon Yeow memaklumkan, kerajaan negeri turut memperkenalkan sistem papan pemuka bagi memantau prestasi pelaksanaan dasar dan inisiatif pembangunan di bawah Pelan Penang 2030.

Menurutnya, sistem tersebut turut membuka akses kepada orang awam, media dan pihak berkepentingan untuk menilai pencapaian setiap inisiatif strategik yang telah dilaksanakan kerajaan negeri.

“Melalui dashboard ini, rakyat boleh melihat sendiri prestasi setiap inisiatif strategik dan tema pembangunan, selain memantau keseluruhan pencapaian Penang 2030,” katanya.

Beliau menambah, pendekatan berasaskan ketelusan itu penting bagi memastikan tadbir urus negeri kekal cekap, telus dan berorientasikan hasil dalam jangka panjang.

Related Posts

Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

PARIT YAANI – Exco Pemuda AMANAH, Ahmad Fadhli Umar Aminolhuda menyifatkan kenyataan bekas pemimpin DAP, Tony Pua berhubung institusi Raja-Raja Melayu sebagai tindakan tidak wajar dan biadab. Menurut beliau, kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPM sasar 800 bilik darjah ‘AI Powered Classroom’ menjelang 2027

PAYA RUMPUT – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyasarkan sebanyak 800 bilik darjah di seluruh negara akan ditransformasikan kepada ‘AI Powered Classroom’ menjelang akhir tahun 2027 sebagai usaha memperkukuh agenda transformasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

KPM sasar 800 bilik darjah ‘AI Powered Classroom’ menjelang 2027

KPM sasar 800 bilik darjah ‘AI Powered Classroom’ menjelang 2027

Sekolah Tinggi Segamat raih pengiktirafan seabad, lambang kecemerlangan pendidikan

Sekolah Tinggi Segamat raih pengiktirafan seabad, lambang kecemerlangan pendidikan

YDP MPK akui kelemahan diri, mohon maaf isu tular program rakyat

YDP MPK akui kelemahan diri, mohon maaf isu tular program rakyat