Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

PARIT YAANI – Exco Pemuda AMANAH, Ahmad Fadhli Umar Aminolhuda menyifatkan kenyataan bekas pemimpin DAP, Tony Pua berhubung institusi Raja-Raja Melayu sebagai tindakan tidak wajar dan biadab.

Menurut beliau, kenyataan tersebut dilihat boleh mengeruhkan lagi keadaan ketika isu melibatkan institusi negara sedang menjadi perhatian rakyat serta menuntut semua pihak lebih berhati-hati dalam mengeluarkan pandangan.

Ahmad Fadhli berkata, beliau percaya kenyataan itu tidak mencerminkan pendirian rasmi DAP khususnya di bawah kepimpinan Setiausaha Agung parti itu, Anthony Loke serta Timbalan Pengerusinya, Steven Sim.

Katanya, Tony juga bukan lagi pimpinan utama parti dan seharusnya lebih memahami sensitiviti masyarakat serta kedudukan institusi Raja-Raja Melayu dalam sistem negara.

“Kenyataan Tony Pua berhubung institusi Raja-Raja Melayu adalah tidak wajar dan biadab. Saya percaya kenyataan tersebut tidak mencerminkan pendirian rasmi DAP, khususnya di bawah kepimpinan Anthony Loke dan Steven Sim,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau turut menggesa DAP mengambil tindakan disiplin sewajarnya terhadap Tony bagi memastikan perkara sama tidak berulang pada masa hadapan.

Menurutnya, dalam keadaan isu berkenaan sedang sensitif, semua pihak perlu mengelakkan kenyataan yang boleh menambah ketegangan dan menimbulkan salah faham dalam kalangan rakyat.

“Janganlah ditambah garam ke atas luka. Sepatutnya sebagai seorang pemimpin senior, beliau membaca situasi dengan lebih baik serta memahami sensitiviti masyarakat dan institusi negara,” ujarnya lagi.

Dalam masa sama, Ahmad Fadhli menegaskan beliau yakin DAP tetap menjunjung Perlembagaan Persekutuan, memartabatkan bahasa Melayu serta menghormati institusi Raja-Raja Melayu sebagaimana ditegaskan Anthony Loke dalam Konvensyen Pakatan Harapan sebelum ini.

Bagaimanapun, beliau turut mengingatkan pihak pembangkang supaya tidak mengambil kesempatan memainkan isu berkenaan secara berlebihan demi kepentingan politik.

“Sekadar mengingatkan, baru dua tahun lalu Presiden Pas sendiri pernah menerima teguran oleh DYMM Sultan Selangor yang menzahirkan rasa amat dukacita berhubung kenyataannya terhadap titah Raja-Raja Melayu sebelum ini,” katanya.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar