YDP MPK akui kelemahan diri, mohon maaf isu tular program rakyat

KANGAR — Tindakan dan reaksi semasa Program Perlis Mendengar Rintihan Rakyat yang tular di media sosial baru-baru ini diakui telah menimbulkan rasa kurang senang serta pelbagai persepsi dalam kalangan masyarakat.

Susulan itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Affendi Rajini Kanth tampil memohon maaf secara terbuka dan mengambil tanggungjawab penuh terhadap insiden berkenaan.

Beliau berkata, sebagai penjawat awam dan individu yang bertanggungjawab mengendalikan program tersebut, beliau menerima segala teguran serta pandangan orang ramai dengan hati terbuka tanpa sebarang prejudis.

“Saya dengan penuh rasa rendah diri memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan.

“Saya tidak pernah berniat memperlekehkan, mempersenda atau memandang ringan mana-mana pandangan dikemukakan, namun saya akui tindakan dan reaksi ketika itu menimbulkan persepsi tidak baik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Affendi berkata, insiden berkenaan menjadi pengajaran besar buat dirinya untuk lebih matang, berhati-hati dan bijaksana dalam mengurus emosi ketika berhadapan dengan rakyat.

Katanya, seseorang pemimpin dan penjawat awam bukan sahaja perlu melaksanakan tugas dengan baik, malah perlu memiliki kesabaran serta keupayaan mengawal reaksi dalam situasi tertentu.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang tampil menegur, menasihati dan memberikan pandangan secara baik susulan insiden tersebut.

“Teguran itu saya terima sebagai ruang muhasabah untuk memperbaiki kelemahan diri serta memperkukuhkan mutu perkhidmatan MPK kepada rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Program Perlis Mendengar Rintihan Rakyat diwujudkan sebagai platform untuk rakyat menyampaikan suara, aduan dan harapan secara terus kepada kerajaan negeri.

Katanya, setiap isu, pandangan dan cadangan dibangkitkan menerusi program tersebut akan terus diberikan perhatian serius oleh pihak berkaitan.

Foto: Utusan Malaysia

Related Posts

Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

KOTA KINABALU – Pendekatan turun padang menerusi Program MADANI Kita yang dilaksanakan Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) dalam mendekati masyarakat kini menjadi penanda aras baharu kepada agensi kerajaan lain. Ketua Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

KUANTAN – Empat lelaki bersenjatakan parang dan membawa objek dipercayai ‘pump gun’ menyamun sebuah kedai emas di Taman Pandan Perdana, di sini, kira-kira 2 petang tadi. Ketua Polis Daerah Kuantan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

  • By Fatin
  • August 21, 2026
Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran